label

Khamis, 27 Jun 2019

(Cerita) Kenapa harga Cool Blog coklat tak sama?

Kerana ingin kepastian, saya beli lagi Cool Blog coklat di Tesco Plentong hari ini.

Ceritanya begini, sebelum ini saya pernah beli Cool Blog coklat di Econsave Taman Daya. Harganya RM6.30. Saya terkejut sebab sebelum ni beli di Tesco Plentong harganya tak sampai RM5.00.

Hari ini saya beli di Tesco Plentong lagi. Harganya RM4.80 untuk Cool Blog perisa coklat campur bubble.

Bila tanya staf, memang harga Cool Blog di setiap tempat tak sama ke? Jawapan pekerja itu, harga ikut francais. Harga Cool Blog RM6.30 tu dah termasuk harga bubble & smoothies (sepatutnya pilihan pembeli). Di Econsave Taman Daya dah ditetapkan RM6.30. Kalau di Tesco Plentong, pekerja akan tanya pembeli dulu. Selalu saya beli Cool Blog coklat campur bubble sahaja.

Begitulah cerita Cool Blog & saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan