label

Jumaat, 28 September 2018

(Aktiviti) Menonton rakaman Asias Got Talent

Semalam hari terakhir UPSR 2018. Semalam juga hari yg memberi tekanan kpd saya. Stres dengan perangai manusia yg busuk hati.

Oke, tak nak ingat tekanan tu. Petang semalam saya ke sini...

Saya pergi menonton rakaman ujibakat Asia's Got Talent di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Nantikan muka saya sebagai penonton di kaca tv. Maaf, berangan jap. Hehehe..

Ujibakat Asia's Got Talent di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Saya sampai sini dalam pukul 6.00 petang.

Cantik studio ni..

Lihat ramai orang dah beratur nak masuk.

Rakaman ujibakat bermula pukul 7.00 malam. Jangan risau, ada surau disediakan.

Habis rakaman ujibakat tersebut pada pukul 10.30 malam.

Kami tidak dibenarkan merakam gambar sepanjang rakaman berlangsung sebab rancangan tu belum ditayangkan lagi. Apa yg saya boleh share, seronok tengok rakaman tersebut. Rasanya sama macam tengok dalam tv tetapi secara depan mata. Persembahan para peserta banyak yg memukau.

Alhamdulillah, berkurang juga stres saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan