Dugaan puasa saya hari ini...
Saya pergi ke Mi Casa hari ini untuk bersihkan tahi kucing. Banyak tahi kucing jiran saya di halaman rumah. Dalam hati waktu menyental tu, hanya Allah yg tahu. Sabar...
Selepas itu, di luar pagar pula bersepah dengan buah nangka gugur. Saya tak nak ambil risiko lagi, lalu saya menebang pokok nangka di luar rumah. Penatnya tebang pokok, hanya Allah yg tahu. Sabar...
Tiada lagi pokok nangka di luar rumah.
Selepas itu, saya basuh selimut dalam bilik. Mesin basuh saya dalam bilik. Saya pun baring kejap. Lepas baring, saya dapati habis bilik saya banjir. Saya lupa nak halakan hos air ke dalam lubang air. Satu keje nak mengemop air yg melimpah tu. Penatnya mengemop, hanya Allah yg tahu. Sabar...
Sebelum balik, saya panjat tangga nak ganti lampu bilik tidur. Saya nyaris2 nak jatuh kerana permukaan lantai licin. Selamat adik saya sempat tahan tangga tu. Alhamdulillah.
Coretan hari ini akan jadi kenangan saya di blog ini. Ya Allah, kuatkan iman hambaMu ini hari ini. Kejap lagi nak berbuka. Selamat berbuka semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan