label

Ahad, 1 Oktober 2017

(Sekolah) Kesan buruk selalu minum air gas

Minggu lepas, saya relief sebuah kelas darjah 4 ni... Waktu tu, waktu Pendidikan Kesihatan. Saya pun bersembang dgn murid tentang makanan & minuman yang tidak elok dimakan selalu seperti jajan dan air gas. Tiba-tiba....

Ada seorang murid lelaki angkat tangan & bercerita tentang buah pinggangnya yang rosak. Berikut ceritanya...

Murid: Cikgu buah pinggang saya dah rosak.

Saya: Macam mana awak tahu buah pinggang awak dah rosak?

Murid: Doktor beritahu. Dulu, setiap hari saya minum air gas. Setiap kali balik sekolah, saya akan minum air gas. Suatu hari, pinggang saya rasa sakit. Mak saya bawa saya ke klinik pakar & doktor cakap buah pinggang saya rosak.


Perkongsian ini membuatkan saya & murid2 lain lebih sedar tentang bahaya minum air gas dgn kerap.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Komen