label

Isnin, 23 Oktober 2017

(Sekolah) Apabila pembantu prasekolah cuti

Cerita pagi tadi. Saya relief prasekolah waktu pertama. Pagi tadi kelam-kabut sikit sebab pembantu prasekolah cuti.


Saya tak biasa dengan pengurusan bilik darjah prasekolah. Pagi tadi saya kelam-kabut ambil kedatangan murid sebab saya masih belum kenal murid, nama murid pulak panjang2. Ramai juga tak datang hari ini.

 Lepas tu, datang murid prasekolah dari kelas sebelah minta bekas makanan untuk isi mi goreng (cikgunya suruh). Saya pergi dapur, bukalah satu persatu almari kabinet dapur, tak tahu bekas yg macam mana satu. Susah2, saya bagi besen.

Selepas itu, saya sambung ambil kedatangan. Murid yang bawa besen tu pulangkan balik besen, dia kata cikgu nak bekas makanan putih. Saya nampak periuk nasi, saya bagi periuk nasi (sebab fikir, periuk ni boleh juga letak mi yang dimasak dari kelas sebelah).

Saya sambung ambil kedatangan lagi, budak tu datang lagi. Dia pulangkan periuk, katanya bukan periuk, cikgu nak bekas putih. Akhirnya, dia tunjuk bekas putih yg kecil (cikgunya dah ajar secara terperinci) dalam almari nombor tiga.

Rupa-rupanya bekas makanan tu kecil je tapi ada dua. Saya bagi dua2 bekas tu. Saya pun tak jangka, cikgu tu nak bekas kecil untuk isi 1kg mi goreng.

Susah juga pembantu prasekolah takde. Pembantu cuti kerana datuknya meninggal dunia.

Tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan