label

Jumaat, 1 September 2017

(Cerita) Kolesterol tinggi

Pada hari Rabu lepas, saya bawa mak cek tekanan darah tinggi di Klinik Mahmoodiah. Sementara menunggu giliran mak diperiksa, saya ternampak ini...

Pemeriksaan kesihatan percuma. Apa lagi, saya pun ambil kesempatan untuk periksa kesihatan.

Selesai mendaftar, saya pun memberanikan diri untuk diambil darah untuk cek gula & kolesterol. Setakat pam tekanan darah, saya tak risau sangat.

Ini keputusan pemeriksaan diri saya. Tekanan darah saya tinggi 140 (sepatutnya bawah 130 normal) & yg paling memeranjatkan saya, kolesterol saya sangat tinggi 8.4 (sepatutnya normal bawah 5). Nurse tulis guna marker merah sebab tinggi sangat kolesterol saya. Waktu ni, saya rasa macam ada petir atas kepala saya. Huhuhu...

Selepas itu, nurse suruh saya jumpa doktor untuk ambil ubat. Tak pasal2 saya kena daftar sebagai pesakit. Niat di hati nak bawa mak, last2 dgn saya sekali jd pesakit.

Apabila jumpa doktor, doktor pun terperanjat. Doktor cakap tinggi sangat kolesterol saya. Sebab doktor nampak saya muda lagi, dia tak bagi saya makan ubat dulu. Doktor suruh saya jaga pemakanan. Elakkan makan makanan berlemak & jangan makan lagi selepas pukul 10 mlm.

Saya diberi senarai makanan yg boleh & tak boleh diambil untuk menurunkan kolesterol. Bulan 11 saya kena cek balik kolesterol saya di klinik.

Tak sangka kan? Tapi inilah hakikat yg perlu saya terima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan