label

Sabtu, 9 September 2017

(BM) Latihan Ulang Kaji Bahasa Melayu sebelum UPSR 2017

Latihan Ulang Kaji Bahasa Melayu Sebelum UPSR 2017

1. “Sultan Melaka menitahkan ______________________ dan Bendahara Tun Ali untuk mengiringi baginda pulang ke istana,” kata Hang Tuah kepada Hang Lekir. (patik/baginda/hamba/tuan hamba)

2. Air telaga itu masih _____________ walaupun telah dijerang. (pahit/payau/tawar/masin)

3. Ikan-ikan yang mati itu berbau ____________________ kepada penduduk kampung. (kotor/busuk/hapak/hanyir)

4. Ain ____________ adiknya mengambil barang yang dibeli _______________ memasukkannya ke dalam troli. (dan..lalu/serta..akan/dan..telah/juga..akan)

5. Bengkel penulisan itu disertai oleh __________________ daripada murid tahap dua dan beberapa orang  guru. (sebahagian/beberapa/sebilangan/semua)

6. Soalan Matematik itu ________________ susah sangat tetapi  memerlukan pengiraan yang teliti. (agak/terlalu/tidak/bukan)

7. ____________, sungguh indah panorama Kuala Lumpur! (Eh/Wah/Amboi/Aduhai)

8. _____________ menggunakan telefon pintar semasa memandu. (Sila/Harap/Jangan/Tolong)

9. Balqis seorang murid yang ______________ dikenali kerana sikapnya yang rajin dan peramah. (amat/teramat/amat sangat/teramat sangat).

10. __________________ El-Nino, kita digalakkan banyak minum air masak. (Rentetan/Malah/Oleh itu/ Sehubungan itu)

11. Perkataan sinonim bagi cuak = ___________________________ (bosan/jemu/gentar/pucat)

12. Perkataan antonim bagi tekun = ____________________________ (rajin/samba lewa/bersungguh-sungguh/bersusah-payah).

13. Tanda (√) bagi ayat yang betul dan (x) bagi ayat yang salah.
a) Keputusan UPSR yang bakal diumumkan esok dinantikan dengan penuh debaran. (  )
b) Debaran jantungnya berkurang setelah mendengar penjelasan doktor. (  )
c) Syahmi gembira menyambut hari debaran di kampung. (  )
d) Hatinya debaran apabila melalui jalan yang sunyi itu. (  )
(a/bc/ab/cd)

14. Rahim tiada tempat bergantung selepas ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan.
Peribahasa yang sesuai ialah: ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­___________________________________________________________________

Soalan 15 & 16
Tanda (√) bagi satu ayat yang betul dan (x) bagi 3 ayat yang salah.
Soalan 15
a) Hidangan yang enak itu disediakan oleh ibu. (  )
b) Kerja-kerja memperlebarkan sungai itu sedang giat dijalankan. (  )
c) Ali merupakan murid yang terpandai sekali di dalam kelas saya. (  )
d) Cikgu Azizah berpengalaman mengajar di kawasan pedalaman selama 10 tahun. (  )

Soalan 16
a) Para-para penjaja semakin ramai menjual makanan di luar kawasan sekolah. (  )
b) Siapakah nama kucing kamu? (  )
c) Cikgu Rose ialah guru kesayangan pelajar di sekolah saya. (  )
d) Ketiga anak Norizan bekerja di Kuala Lumpur. (  )

Soalan 17
a) Lidahnya _______________ selepas makan buah nanas. (pedar/getir/lidas)
b) Ahmad dan Syed bersahabat _____________ sejak kecil lagi. (karib/baik/rapat)

c)Banyak faedah yang kita peroleh ___________ sikap suka membaca.
d) Kapal terbang itu akan berlepas pada  pukul 9.00 pagi ______ London.
e) Teluk Cempedak menjadi pilihan keluarga untuk beriadah ______ hujung minggu.
(dari/daripada/pada/ke)


f) Garis jawapan yang betul
i) Di dalam longkang itu banyak (lelabah/jejentik/umang-umang) kerana airnya bertakung.
ii) Beberapa ekor (rerama/kekunang/lelabi) pelbagai warna berjaya ditangkap di taman bunga.

Soalan 18
Adakah anda bersetuju bahawa kita perlu menjaga keistimewaan diri? Mengapa? (3markah)
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bagaimanakah cara agensi pertanian membantu meningkatkan pendapatan para petani di Malaysia? (3markah)
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 19
Bunga Melati gugur ke bumi.
Maksud gugur ialah ____________________________________________


Download lembaran kerja di atas: klik sini

Selamat mengulang kaji pelajaran!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan