Amaran: jadikan kisah ini pengajaran, bukan untuk ditularkan.
Kes disiplin sebelum habis sesi persekolahan hari ini ialah kes murid darjah 4 hisap rokok di tandas. Seorang murid bawa rokok sekotak & seorang murid lagi bawa lighter & hisap rokok. Macam tak percaya tetapi inilah hakikatnya.
Rokok sekotak saya dah serah pada GPK HEM & lighter ini saya pegang dulu.
Tindakan telah diambil. Point saya dalam cerita ini ialah murid sekarang serba pantas tindak-tanduknya, mungkin akibat kebebasan menggunakan teknologi. Ibu bapa & kita perlu prihatin tentang dunia murid zaman sekarang. Mungkin mereka belum matang, kita yang matang pantau2lah aktiviti mereka (terutama ibu bapa).
Sampai sekarang, saya macam susah nak percaya, apa yg terjadi hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan