Hari ini saya nak rasa suasana beli barang di Hero Market. Hero Market ini baru sahaja dibuka di Desa Tebrau, Johor Bahru pada 18 Ogos lalu.
Jom ikut saya!
Inilah pasar raya Hero Market. Belum siap sepenuhnya lagi bangunan kedainya.
Saya sampai sini dalam pukul 11 pagi. Ada 1 eskalator untuk naik & turun.
Hero Market sama seperti pasar raya lain cuma saiz kedainya lebih kecil.
Kawasan pasar basahnya.
Kawasan penjagaan diri.
Hari ini ramai orang beratur nak bayar di kaunter. Mungkin mereka pun sama seperti saya, nak cuba berbelanja di sini.
Selesai berbelanja.
Hari ini buat kad ahli percuma. Sah sehingga setahun, lepas tu renew RM5.
Bertambah lagi pilihan pasar raya orang JB berbelanja. Sebelum ini, saya suka berbelanja barang dapur di Tesco dan Econsave. Rasanya, lebih selesa berbelanja di Tesco atau Econsave sebab saiz kedainya yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan