label

Khamis, 2 Mac 2017

(Sekolah) Murid ini suka datang dekat saya

Nak kongsi cerita saya bertugas minggu ini. Setiap kali saya jaga kantin pada waktu rehat, mesti budak lelaki ini datang dekat saya dan berdiri di sebelah saya. Dia temankan saya bertugas sambil bersembang seakan-akan saya adalah kawannya.

Budak lelaki ini darjah 5 kelas terakhir. Setiap kali rehat, dia suka beli sosej.

Semalam dia tanya saya guna handphone apa? Saya jawab Huawei. Dia pun tanya lagi, kenapa tak pakai Oppo? Saya jawab saya tak minat. Lepas tu dia tanya lagi, kenapa tak ajar kelas saya Sejarah lagi? Macam2 soalan dia.

Sebelum ni, latihan sukan pun dia suka datang dekat saya. Saya perasan tu.. Paling tak boleh lupa, dia datang sambil pegang belakang badan saya dan panggil cikgu. Hehehe.. Mungkin dia anggap saya kawan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan