label

Jumaat, 17 Mac 2017

(Sekolah) Apabila ajar kelas tambahan Matematik?

Cerita pagi tadi, saya ganti kawan saya mengajar kelas tambahan Matematik Tahun 6. Kawan saya ada urusan tertentu.

Suasana kelas tambahan pagi tadi.

Jom tengok reaksi murid apabila saya ajar Matematik pagi tadi.

Saya: Awak siapkan sampai pukul 11.00 pagi. 1 jam lagi, kita guna untuk bincang jawapan.

Murid: Apa? Bincang jawapan? (Buat muka tak percaya)

Saya: Ye la, kita bincang jawapan.

Murid2 ingat pagi tadi cuma buat latihan dan bincang jawapan dgn guru mereka pada naik cuti nanti. Rupanya tidak..

Ye la, saya dikenali sebagai cikgu BM di sekolah. Hehehe.. Tu yang murid macam tak percaya tu..


Alhamdulillah, kelas tambahan berjalan lancar walaupun saya kekok sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen