Hari ini hari sukan di sekolah saya.
Awal2 pagi, semestinya bergambar dahulu dengan peserta2 perbarisan selepas mengemas khemah.
Maskot Rumah Bentara tahun ini, ahli silap mata dan sang ratu.
Sementara perbarisan belum mula, bergambar dulu..
Peserta perbarisan rumah sukan saya, Bentara.
Sorakan Bentara 2017
Selain itu, saya juga menguruskan perbarisan Pengakap. Bagus mereka ni, sangat komited.
Peserta perbarisan Pengakap.
Sempat buat aneka tepuk Pengakap sebelum perbarisan bermula..
Oke, acara perbarisan dah bermula..
Perbarisan Rumah Bentara mula bergerak ke padang.
Perbarisan Rumah Bentara.
Ada gimik perbarisan rumah sukan saya, maskot keluar dari garisan untuk memberikan bunga kepada perasmi.
Suka perasmi dapat bunga. Hehehe..
Di dalam khemah, kami menjual roti sosej yang dibuat oleh guru-guru rumah sukan saya cesara gotong-royong pada awal pagi. dan coklat Kit Kat. Pada tahun ini, kami tidak mengutip duit rumah sukan kerana pengalaman yang lalu, ada murid yang tak makan makanan yang kami belikan. Pada tahun ini, kami buat konsep jual. Murid ada pilihan nak beli dan makan apa. Kami pun tak risau nak fikir makanan murid. Alhamdulillah, semuanya laku dijual oleh murid. Alhamdulillah.
Lihatlah kami menjual roti sosej tadi..
Keputusan hari sukan tadi, rumah sukan saya dapat tempat keempat dari enam rumah sukan dan johan perbarisan. Alhamdulillah.
Selesai cerita hari sukan, nak sambung rehat. Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan