label

Khamis, 2 Februari 2017

(Cerita) Hidupkan insuran dan road tax kereta sendiri

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya perbaharui (hidupkan) insuran dan road tax kereta sendiri. Sebelum ini, saya hidupkan di Perodua sahaja. Sebab cuti sekolah ni, bolehlah saya uruskan sendiri. Berikut cara2 nak hidupkan road tax kereta sendiri.

Pertama, ambil geran kereta di bank yg kita buat pinjaman. Sekarang dah senang dah, bank memang suruh kita pegang sendiri geran.

Kedua, hidupkan insuran dahulu. Saya pilih hidupkan insuran di pejabat utama Kurnia di Bandar Baru Uda. Kalau pemilik kereta yg hidupkan, ada diskaun 10%. 

Tahun ni, saya tambah insuran untuk semua penumpang dalam kereta.

Selepas dah renew insuran, saya hidupkan road tax atau cukai jalan di UTC Galleria Kotaraya sebab cepat. Selepas itu, siap sudah!

Puas hati dpt uruskan sendiri insuran dan road tax kereta. Jimat pun jimat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan