label

Selasa, 31 Januari 2017

(Info) Logo Jabatan Pendidikan Negeri Johor terbaharu

Saya baru perasan, logo Jabatan Pendidikan Negeri Johor dah berubah sejak perkataan pelajaran digantikan dengan pendidikan.

Logo Jabatan Pendidikan Negeri Johor (terbaharu)

Logo Jabatan Pelajaran Negeri Johor (lama).
Gambar: Google

Bentuk logo sama. Tulisan jawi sahaja berbeza (lagi cantik). Tu yang tak perasan tu..

(Info) Larangan Memberikan Cenderahati kepada Perasmi dalam Majlis Sekolah

Oh, selepas ini dalam program atau majlis di sekolah, tidak perlu lagi memberikan cenderahati kepada perasmi atau VIP.

Rujuk surat di bawah ini..

Sumber: facebook kami guru malaysia (guru sahaja)

Kami yang menurut perintah. 

Isnin, 30 Januari 2017

(Download) Softcopy Buku Stok SPBT Tahun 4 KSSR

Tahun lepas, saya masih memegang jawatan AJK Guru SPBT di sekolah. Dalam pembahagian tugas, saya menyiapkan buku stok SPBT Tahun 4 KSSR pada tahun lepas. Kepada cikgu2 SPBT yang memerlukan softcopy atau tapak borang buku stok ni, boleh download di bawah ini..

Borang Buku Stok SPBT Tahun 4


Semoga berguna dan membantu guru2 SPBT yang terlibat.

(BM) Infomasi atau informasi?

Kita selalu keliru nak tulis perkataan infomasi atau informasi dalam Bahasa Melayu?

Mengikut Kamus Dewan, ejaan yang sebenarnya ialah informasi.

Maksud informasi ialah.

informasi  : keterangan, maklumat; berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yg ~.


Papan informasi di dalam kelas.

Selepas ini, jangan keliru lagi..

Ahad, 29 Januari 2017

(Kenangan) Saya dan air bancuh

Cek galeri smartphone, banyak juga saya bergambar dengan air bancuh di sekolah. Setiap gambar, ada kenangan.

Saya dan air tamar cocoa. Waktu UPSR tahun lepas.

Saya dan air bandung. Waktu UPSR tahun lepas juga.

Saya dan air teh hijau. Waktu UPSR tahun lepas juga.

Saya dan air sirap, oren dan sarsi. Ni baru gambar tahun ini.

Maaf, buat anda dahaga. Hehe..

Jumaat, 27 Januari 2017

(Sekolah) Petua redakan benjol

Ini cerita di sekolah hari kelmarin. Ada seorang murid kepalanya benjol akibat terlanggar dengan murid lain ketika mahu masuk ke kelas.
  
Kawan saya yang menangani murid benjol tersebut. Ada petua yang saya baru belajar daripadanya. 

Petua nak redakan benjol, sediakan pisau dan air panas. Celup pisau dalam air panas dan selepas itu, tekan permukaan pisau ke arah benjol tersebut (seperti dalam gambar). Kalau pisau terlalu panas, biarkan seketika, lepas tu, baru tekan balik di dahi yg benjol.

Ulang cara tadi sehingga benjol kelihatan surut. Pastikan berhati2 dalam melakukan petua ini.

Alhamdulillah, selepas kawan saya menggunakan petua, nampak berkurang kesan benjolnya. Boleh cuba lepas ni kalau terjumpa kes seperti ini. Terima kasih Cikgu Jamkhuri kerana berkongsi petua ini.

Khamis, 26 Januari 2017

(Sekolah) Guna aplikasi jadual waktu di telefon pintar


JADIKAN TIMETABLE SEBAGAI WALLPAPER SMARTPHONE

1. download apps timetable.
Check out "TimeTable"
https://play.google.com/store/apps/details?id=jumi.timetable
2. buka apps timetable
3. setkan waktu
4. create 1 desktop baru
5. add widget timetable
6. siap

nak edit.. buka apps timetable..
Selamat mencuba dan berjaya 😊
Sumber: facebook Abu Fayyadh

(Cerita) Makanan kegemaran di Pasar Malam

Inilah tempat makanan kegemaran saya di pasar malam.

Lori ayam gunting.

Ayam gunting dan sosej cheese gunting. Makanan kegemaran saya di pasar malam.

Dah lama tak rasa suasana pergi pasar malam di tempat sendiri waktu petang. Petang tadi berkesempatan menikmati suasana itu.


Syok woo...

(Sekolah) Sukan Tara 2017

Di sekolah hari ini ada sukan tara. Alhamdulillah cuaca baik bermula pukul 9.00 pagi tadi.

Acara lompat tinggi.

Acara lontar peluru.

Acara lompat jauh.

Saya suka tengok lompat tinggi sebab macam2 gaya ada.

Sukan tara bersambung selepas cuti raya Cina. Tak sempat habiskan tadi.

Rabu, 25 Januari 2017

(Info) Kebaikan dan keburukan pomade

Pomade, saya dapat percuma tapi tak guna.

Apa itu Pomade?

Pomade adalah sejenis minyak rambut yang diperbuat daripada zat minyak atau lilin yang digunakan untuk pengayaan rambut. Pomade membuat rambut kamu lebih licin dan kilat. Nampak seperti basah tetapi tidak. Ia memberi ketahanan kepada rambut ketika kamu mengayakan style rambut kamu itu.

Kalau kamu nak tahu, pomade zaman sekarang berbeza dengan Pomade zaman dulu. Dulu gunakan lemak beruang atau khinzir sebagai bahan asas. Pada zaman sekarang mereka menggunakan Lanolin, Beeswax dan Petroleum Jelly. Pomade terkenal di kalangan lelaki kerana dapat membuat rambut menjadi keras!

Kita boleh lihat pelbagai jenama pomade yang sedia ada ketika ini. Siap ada perisa buah-buahan lagi. Seperti kita tahu, pomade kini dijual dengan harga yang agak tinggi (mahal jugak sebenarnya) tetapi kamu harus tahu juga kelebihan dan keburukan memakainya.

Kelebihan

1. Membuat rambut seperti baru lepas mandi (kira nampak fresh la bila orang tengok tu).

2. Membuat rambut duduk dalam keadaan rapi dan tidak mudah di tiup angin.

3. Mudah untuk kamu mengayakan rambut mengikut cita rasa kamu sendiri. Dulu sebelum Pomade di perkenalkan susah betul nak keraskan rambut. Ada yang pakai banyak sampai nak habis gel tu. Haha tetapi sekarang tak perlu lagi. Pomade-kan ada!

Keburukan

1. Pakai Pomade dengan kerap boleh mematikan rambut hitam . Jika tak percaya cuba tengok rambut kamu ada tak warna merah dan kering?

2. Pakai Pomade berlebihan boleh menyebabkan rambut rosak. Contoh jika rambut kamu kerinting dan tidak mahu buat rebonding. Kamu boleh gunakan Pomade untuk meluruskannya. Tetapi kamu harus tahu bahawa ia akan merosakkan rambut kamu dalam masa terdekat. Bayangkan kamu sapu lilin banyak-banyak dekat rambut apa jadi?

3. Pomade boleh membuat kamu sakit kepala jika pakai secara berlebihan. Untuk mengelakkannya ia berlaku, cara pemakaian sebenarnya hanyalah sedikit sahaja. Patikan rambut kamu itu benar-benar kering baru gunakan Pomade. Jika masih basah lagi, sebab itulah kita tengok seseorang itu bukan main banyak lagi dia guna Pomade.

4. Perasan atau tidak, golongan yang memakai Pomade ini sering berada di dalam tandas? Ini gara-gara kamu mahu melihat kekalan pengayaan rambut kamu sama ada okay atau tidak. Sebab itu kamu sering ke tandas untuk mengelakkan rambut kelihatan hodoh atau tidak di ingini.

Sumber 👉 Karangkraf ( Lifestyle )

Selasa, 24 Januari 2017

Isnin, 23 Januari 2017

(Sekolah) Untungnya jadi sekolah angkat Tesco

Alhamdulillah, semalam Tesco menaja sarapan pagi dalam program Hari Penetapan Target UPSR 2017 di sekolah saya.

Pelbagai pilihan air yg disediakan.

Alhamdulillah, tahun ini Tesco memilih sekolah saya sebagai sekolah angkat mereka. Jadi, kalau ada program sekolah, pihak Tesco akan memberikan sumbangan.

Best kan?

(Sekolah) Bertugas ketika musim hujan

Seharian hujan hari ini..

Minggu ni pula, minggu kumpulan saya bertugas. Tadi balik jaga pagar, sejuknya...

Sehingga petang masih belum berhenti.

Sejuk je hari ini.. 

Ahad, 22 Januari 2017

(Sekolah) Program Penyayang 2017

Hari ini pelancaran Program Penyayang di sekolah saya. Berikut ceritanya..

Kek Program Penyayang untuk meraikan guru dan murid yang lahir pada bulan Januari.

Perasmian Program Penyayang oleh guru besar.

Antara program penyayang, meraikan hari lahir guru dan murid pada setiap bulan.

Guru2 yang lahir pada bulan 1 memotong kek.

Murid2 yg lahir pada bulan ini memotong kek.

Penyerahan banner guru penyayang.

Lepas habis majlis, kita makan kek..

Alhamdulillah, program berjalan meriah. Terima kasih kpd AJK Program.Penyayang.

Sabtu, 21 Januari 2017

(Sekolah) Mengecat bilik darjah abad ke-21

Aktiviti di sekolah hari ini..

Aktiviti mengecat bilik darjah abad ke-21. Kami berempat antara AJK bilik darjah abad ke-21di sekolah.

Bilik darjah sebelum dicat.

Tengok ni, sebahagian ruang dah dicat dengan warna kuning. Tinggal sebahagian lagi untuk diceriakan.

Proses bermula, sebab nak cat bentuk mozek, kena tampal pelekat dulu.

Lepas tu, mari kita mengecat. 

Masih dalam proses mengecat.

Semua fokus mengecat.

Masing2 fokus apabila mengecat. Hehe..

Selepas 4 jam, inilah hasilnya...

Depan.

Tepi.

Belakang.

Sebelum balik, bergambar kenangan.


Team yg sangat sporting.


Sebelum dan selepas.

Alhamdulillah, proses mengecat selesai hari ini. Banyak lagi kerja nak ceriakan bilik darjah abad ke-21. Kita buat satu persatu dulu. Bye!

Jumaat, 20 Januari 2017

(Sekolah) Gred markah sekolah rendah

Gred markah peperiksaan atau UPSR sekolah rendah.

Gred/Markah
A 80-100
B 65-74
C 50-64
D 40-49
E 0-39 (gagal)



Harap maklum.

Khamis, 19 Januari 2017

(Sekolah) Dapat marker whiteboard Kedidi

Semua guru yang mengajar Tahun 6 dapat set alat tulis jenama Kedidi.

Dapat pen dan marker whiteboard. Berguna ni!

Alhamdulillah.

Rabu, 18 Januari 2017

(Sekolah) Latihan sukan kali ketiga

Latihan sukan kali ketiga pagi tadi.

Murid berlatih melontar peluru.



Minggu depan dah sukan tara. Bersambung minggu depan.