label

Selasa, 28 Februari 2023

(Kenangan) Jemput-jemput pisang arwah mak

Assalamualaikum, tengah hujan-hujan macam ni, buka facebook, keluar gambar kenangan 2015 yang ini...

Jemput-jemput pisang arwah mak.

Dulu kalau balik ke kampung, arwah mak suka bawa balik pisang dari kampung. Nanti arwah buatlah pisang goreng, jemput-jemput pisang dan sebagainya.

(Sekolah) Lawatan Sambil Belajar ke Legoland

Assalamualaikum. Hari ini baru saya nak update blog tentang lawatan sambil belajar ke Legoland. Pada 14 Februari yang lalu seramai 100 orang murid dan 10 orang guru telah mengikuti lawatan sambil ke Legoland. Alhamdulillah, lawatan ini jadi juga walaupun persiapannya pada saat-saat akhir minggu persekolahan.

Saya berada di menara pemerhatian Legoland.

Vlog saya.

Tempat pertama adalah di sini untuk bergambar kenangan secara beramai-ramai. Waktu balik nanti dah penat.




Gambar sebelum masuk ke Legoland. Kami sampai awal sebelum pukul 10 pagi lagi.


Gambar selepas masuk ke Legoland.


Beratur untuk menaiki menara pemerhatian ala-ala Menara Taming Sari di Melaka.






Waktu makan murid. Makanan murid sudah termasuk dengan tiket masuk. Cikgu sahaja yang kena beli dan bayar makanan sendiri.





Saya tak banyak main di sini. Saya cuma naik menara pemerhatian dan naik kereta api ini sahaja.


Pukul 3.00 petang, kami bersiap-siap untuk balik ke sekolah.

Ada Cikgu Mazlee datang melawat kami...









Alhamdulillah. Semua berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menjayakan lawatan ini.

Ahad, 19 Februari 2023

(Cerita) Selamat maju jaya dalam SPM

Assalamualaikum. Selamat maju jaya dalam SPM yang bermula esok!

Murid 6 Baiduri tahun 2017. Mereka akan menduduki peperiksaan SPM esok.

Salah seorang bekas murid saya hantar mesej di Instagram saya hari ini.

Jawab baik-baik ye esok! Good luck!

(Kenangan) Nasi ayam masakan arwah mak


Assalamualaikum. Hari ini keluar balik gambar kenangan 8 tahun lepas di Facebook saya. Gambar nasi ayam masakan arwah mak.

Nasi ayam arwah mak masak 8 tahun lepas.

Dulu arwah mak masak nasi ayam, wangi semerbak satu rumah. Huhuhu... Al-Fatihah.

Sabtu, 18 Februari 2023

(Masak) Laksa Sarawak masak sendiri

Assalamualaikum. Buat pertama kalinya saya masak laksa Sarawak sendiri. Resipi saya tiru di Google.

Laksa Sarawak air tangan saya. Yang ada tetapi tiada dalam gambar, limau kasturi dan sambal belacan.

Kenapa saya masak laksa Sarawak? Tahun lepas ada cikgu dari Sarawak poskan sambal laksa Sarawak ini kepada saya. Katanya sebagai tanda terima kasih. Tangguh punya tangguh, saya rasa hari ini hari yang sesuai saya masak laksa Sarawak.

Mula-mula makan, saya tak biasa dengan rasanya. Bila dah lama-lama, sedaplah pulak. Saya tambah sekali lagi. Alhamdulillah.
 

Isnin, 30 Januari 2023

(Sekolah) Bantuan Awal Persekolahan 2023

Hari ini ada penyerahan bantuan awal persekolahan 2023 di sekolah. Guru-guru sesi pagi balik lewat kerana melaksanakan tugas ini.

Alhamdulillah, ibu bapa gembira menerima bantuan persekolahan ini.

Sebelum itu...

Saya memegang duit yang bukan duit saya.

Duit-duit tadi diagihkan kepada ibu bapa.

Vlog saya tentang hari ini. 

Setiap murid dapat bantuan RM150.00.

Setibanya di rumah, lepas solat semua, saya terus dapur untuk memasak. Saya masak ayam masak kicap untuk makanan di rumah hari ini.

Sabtu, 28 Januari 2023

(Sekolah) Jamuan Kelas Akhir Tahun

Assalamualaikum. Hari ini sekolah ganti di sekolah saya. Hari ini juga ada jamuan kelas akhir tahun.

Ini di akhir jamuan, saya buat sesi bergambar sebagai kenangan.

Jamuan kelas saya, saya guna konsep potluck. Murid bawa makanan atau minuman dari rumah.

Suasana jamuan kelas saya. Tiada beza macam zaman saya sekolah rendah dulu. Makanan diletak di tengah-tengah.


Ada murid yang sumbang kek.

Video hari ini.

Pihak pentadbir datang berkunjung.

Sesi bergambar.


Sesi bergambar.

Alhamdulillah, selesai jamun akhir tahun. Sesi persekolahan 2022/2023 pun akan tamat tak lama lagi. Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang.