Assalamualaikum. Hari ini baru saya nak update blog tentang lawatan sambil belajar ke Legoland. Pada 14 Februari yang lalu seramai 100 orang murid dan 10 orang guru telah mengikuti lawatan sambil ke Legoland. Alhamdulillah, lawatan ini jadi juga walaupun persiapannya pada saat-saat akhir minggu persekolahan.
Saya berada di menara pemerhatian Legoland.
Vlog saya.
Tempat pertama adalah di sini untuk bergambar kenangan secara beramai-ramai. Waktu balik nanti dah penat.
Gambar sebelum masuk ke Legoland. Kami sampai awal sebelum pukul 10 pagi lagi.
Gambar selepas masuk ke Legoland.
Beratur untuk menaiki menara pemerhatian ala-ala Menara Taming Sari di Melaka.
Waktu makan murid. Makanan murid sudah termasuk dengan tiket masuk. Cikgu sahaja yang kena beli dan bayar makanan sendiri.
Saya tak banyak main di sini. Saya cuma naik menara pemerhatian dan naik kereta api ini sahaja.
Pukul 3.00 petang, kami bersiap-siap untuk balik ke sekolah.
Ada Cikgu Mazlee datang melawat kami...
Alhamdulillah. Semua berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menjayakan lawatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan