Alhamdulillah.
Ahad, 25 Julai 2021
Jumaat, 18 Jun 2021
(Makan) Kek Durian Secret Recipe
Ini kek durian Secret Recipe.
Kek durian Secret Recipe.
Pertama kali saya makan kek durian daripada Secret Recipe. Rasa duriannya tidak terlalu kuat tetapi masih sedap.
(Resipi) Buat cili jeruk sendiri
Ini kali kedua saya buat cili jeruk sendiri. Ingatkan esok nak masak mi ladna, bolehlah dimakan dengan cili jeruk ni. Saya kongsikan resipinya.
Cili jeruk.
Resipi:
20 biji Cili hijau besar dibasuh bersih.
2 sudu garam.
3 sudu gula.
2 sudu cuka.
Semoga cili jeruk saya menjadi.
Selasa, 15 Jun 2021
(Cerita) Mula ambil gingko biloba
Vitamin gingko biloba yang saya beli di Shopee dah sampai. Saya rasa, saya perlukan gingko biloba ini sebab... (Teruskan membaca... )
Saya beli gingko biloba jenama Nature Wells, dapat percuma shaker. Padahal vitamin ni jenis kapsul.
Isnin, 7 Jun 2021
(Cerita) Apa nak buat jika cashier salah bungkus pesanan kita di KFC?
Saya nak kongsi cerita semalam, mana tahu bermanfaat untuk anda. Semalam, saya pesan set ayam KFC yang ini melalui aplikasi KFC.
Set 9 ketul ayam dan 9 ketul naget. Saya pesan guna aplikasi KFC dan ambil sendiri di KFC.
Selepas selesai ambil set ayam yang dah siap dibungkus, saya balik ke rumah. Setibanya di rumah, saya cuma dapat 6 ketul ayam goreng dan 6 ketul naget. Tak cukup 3 ketul ayam goreng dan naget saya. Cashier tersalah bungkus pesanan saya.
Jangan risau, adik saya terus telefon balik KFC tadi dan beritahu apa yang berlaku. Selepas itu, pengurus KFC meminta maaf dan menyuruh pekerja mereka hantar pesanan saya yang kurang tadi terus ke rumah. Dalam lebih kurang sejam, pekerja KFC datang ke rumah saya dan menghantar pesanan yang kurang tadi. Mereka bagi tambahan coleslaw yang besar lagi secara percuma.
Alhamdulillah, selesai masalah. Yang penting, jangan marah-marah jika cashier tersalah bungkus pesanan KFC. Biasalah, kita manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Bye!
Rabu, 26 Mei 2021
(Mi Casa) Kipas circulation Iris Ohyama, penyelesaian bilik yang panas
Assalamualaikum, saya nak kongsi cerita tentang sebuah kipas circulation jenama Iris Ohyama, jenama kipas circulation nombor 1 di Jepun. Saya baru beli di Shopee. Apakah kebaikan kipas ini? Teruskan membaca.
Kipas circulation jenama Iris Ohyama. Kecil je kipas ni tetapi fungsinya okey!
Saya beli kipas ini untuk mengurangkan panas di dalam bilik saya. Saya jenis tak nak pasang pendingin hawa di dalam rumah, jadi setelah saya buat tinjauan, saya rasa kipas ni jalan penyelesaian untuk mengurangkan panas di dalam bilik. Saya guna kipas angin dan kipas circulation ini dan kesannya, Alhamdulillah. Memang kurang rasa panas di dalam bilik. Saya rasa pilihan yang baik berbanding guna pendingin hawa.
Saiz kipas yang kecil ini boleh dibawa ke mana sahaja. Jadi, saya berpuas hati beli kipas circulation ini.
Isnin, 24 Mei 2021
(Makan) Cara saya beli lemang
Petang tadi saya ke pasar malam Kampung Melayu. Saya nampak ada orang jual lemang, saya pun singgah beli. Saya nak kongsi cara saya beli lemang.
Biasanya saya akan beli lemang selepas hari raya dan dah dipotong macam ni. Sebabnya, saya nampak isi lemangnya dan insya-Allah rasanya terjaga. Kalau beli selepas raya, penjual boleh rasa lemang dulu sebelum dibakar. Lemang ini empat potong RM10.
Langgan:
Catatan (Atom)








