label

Isnin, 7 Jun 2021

(Cerita) Apa nak buat jika cashier salah bungkus pesanan kita di KFC?

Saya nak kongsi cerita semalam, mana tahu bermanfaat untuk anda. Semalam, saya pesan set ayam KFC yang ini melalui aplikasi KFC.

Set 9 ketul ayam dan 9 ketul naget. Saya pesan guna aplikasi KFC dan ambil sendiri di KFC.

Selepas selesai ambil set ayam yang dah siap dibungkus, saya balik ke rumah. Setibanya di rumah, saya cuma dapat 6 ketul ayam goreng dan 6 ketul naget. Tak cukup 3 ketul ayam goreng dan naget saya. Cashier tersalah bungkus pesanan saya.

Jangan risau, adik saya terus telefon balik KFC tadi dan beritahu apa yang berlaku. Selepas itu, pengurus KFC meminta maaf dan menyuruh pekerja mereka hantar pesanan saya yang kurang tadi terus ke rumah. Dalam lebih kurang sejam, pekerja KFC datang ke rumah saya dan menghantar pesanan yang kurang tadi. Mereka bagi tambahan coleslaw yang besar lagi secara percuma.

Alhamdulillah, selesai masalah. Yang penting, jangan marah-marah jika cashier tersalah bungkus pesanan KFC. Biasalah, kita manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan