label

Selasa, 4 Jun 2019

(Cerita) Belanja untuk menu raya esok

Selepas menziarahi pusara arwah abah, saya pergi membeli bahan2 untuk menu raya esok. Mula2 saya ke Econsave, beli sayur. Disebabkan ramai orang beratur beli ayam, saya buat keputusan untuk...

Meneruskan perjalanan ke Tesco untuk beli ayam & udang. Di sini tak ramai orang. Selesa!

Nampak sedap la pulak donat Tesco ni, saya beli la untuk buka puasa hari ini.

Begitulah cerita saya pada pagi tadi, sehari sebelum Raya.

(Cerita) Menziarahi pusara arwah abah

Cerita pagi tadi...

Saya menziarahi pusara arwah abah. Nak ziarah pusara, tak kisah bila-bilapun sebab dekat dengan rumah.

Pusara arwah abah.

Alfatihah.

Isnin, 3 Jun 2019

(Cerita) Team Belum Balik Kampung Raya

Hari ini datang ke sekolah sebelum pergi melawat ke rumah mendiang Uncle Mohan. Inilah antara wajah-wajah yg masih belum atau tak balik kampung pada raya tahun ini.

Saya bergambar dgn rakan guru, pekerja sekolah & kakak guard. Kakak guard ni pun baik.

Diorang dah faham, saya suka bergambar.

Selamat balik ke kampung kawan2.

Bila jumpa kawan2 di sekolah, rasa macam dah raya hari ini.

(Cerita) Menziarahi rumah mendiang Uncle Mohan

Pagi tadi, saya & beberapa orang rakan guru pergi melawat ke rumah mendiang Uncle Mohan, Pak Guard sekolah saya yg baik hati, rajin & disayangi semua orang. Mendiang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Pertama kali, saya menziarahi orang India meninggal dunia.

Saya kongsi cerita semasa kami tiba di rumah mendiang...

Kami disambut dengan baik oleh keluarga mendiang. Kami dapat melihat wajah mendiang Uncle Mohan buat kali terakhir. Perasaan sedih & reda bercampur. Menurut balu mendiang, mereka terima takdir ini. Pukul 11.00 pagi, mayat akan disempurnakan dgn upacara pembakaran.

Pemergian Uncle Mohan amat dirasai. Selamat tinggal Uncle Mohan yg sangat baik. Takziah buat semua keluarga mendiang.

Saya & rakan2 yang pergi melawat. Ini gambar di sekolah. Kami berkumpul dulu di sekolah.

Ahad, 2 Jun 2019

(Cerita) Kebaikan beli susu sejat Tesco

Saya nak kongsi tentang kebaikan beli susu sejat Tesco.

Pertama sebab murah & yg kedua, susu ini dikilangkan di kilang F&N. Katanya susu sejat Tesco ni ialah susu sejat F&N & dijenamakan kembali dgn Tesco. Jadi, kita untung beli susu ni sebab kualitinya seperti susu F&N (susu mahal).

Saya pun baru tahu daripada Twitter.

(Cerita) Kerap gastrik

Sejak kebelakangan ini, saya kerap gastrik. Dugaan Ramadan untuk saya.

Hari ini saya beli Gaviscon di Watsons.

Alhamdulillah, setakat ini saya masih dapat bertahan & berpuasa. Harap2 dapat berpuasa sampai ke hujung Ramadan. Tak nak buang puasa, sayang...

Khamis, 30 Mei 2019

(Cerita) Beli lagi kek cendol durian D24 Ikea

Hari ini saya beli lagi kek cendol durian D24 Ikea untuk buka puasa. Teringin.



Begini rupa keknya selepas dipotong.

Cukup kot untuk tahun ni. 4 Jun nanti habis promosi kek ni.