label

Sabtu, 16 Disember 2017

(Cerita) Biogrow Oat BG22 saya dah sampai

Biogrow Oat BG22 yg saya beli di Shopee dah sampai.

Dapat free sampel produk lain Biogrow.

Saya amalkan minum oat ini untuk turunkan paras kolesterol saya.

Khamis, 14 Disember 2017

(Cerita) SAPS NKRA tempat kelima tertinggi carian Google 2017

SAPS NKRA antara top 10 trending carian di Google 2017. 

SAPS NKRA, tempat isi markah ujian atau peperiksaan murid.

 
Hasil google trends Malaysia 2017

Kenapa boleh trending di Google? Hanya cikgu-cikgu yg tahu. Hehehe..

(Info) Penjawat awam boleh mohon cuti tanpa rekod untuk umrah

Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Jan depan.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Dis, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka. – Bernama-


Alhamdulillah.
Sumber: @malaysia1news

Selasa, 12 Disember 2017

(Cerita) Murahnya topup di Lazada

Hari ini ada sale shopping online 1212 seperti di Lazada. Saya baru tahu & dah topup di Lazada pun tadi.

Topup di Lazada ada diskaun 20%.

Saya topup Maxis RM30, cuma bayar RM25.50.

Bagus kan? Jimat kan? Alhamdulillah.

(Makan) Siakap goreng panas RM10

Hari ini saya lunch di Medan Selera Kulai Besar. Ada satu gerai ni, menunya special sikit..

Tara....! Ikan siakap goreng panas RM10. Boleh makan 3-4 orang sebab saiznya besar. Cicah sambal kicap & sambal asamnya, memang padu! 

Saya ambil siput sedut masak lemak cili padi batang keladi. Semangkuk RM5, boleh makan 3 orang. 

Ini nasi saya & sambal tempe saya.

Minuman saya, sirap limau ais.

Alhamdulillah, sedap! Berselera saya makan.

Makanan ini saya beli di Gerai Makan Azilah, gerai nombor 17.

Inilah Medan Selera Kulai Besar.

Keseluruhannya, saya amat berpuas hati makan di sini sebab sedap & murah sikit berbanding di JB. Alhamdulillah.

(Cerita) Genting Indahpura

Hari ini saya temankan adik di sini.

Genting Indahpura

Pejabat Genting Indahpura

Semoga dipermudahkan.

Isnin, 11 Disember 2017

(Makan) Spiral goreng

Selamat pagi.

Saya masak spiral goreng untuk sarapan pagi ni.

Selamat bersarapan.