label

Rabu, 18 Januari 2017

(Sekolah) Di bilik guru dah ada penapis air Al-Jabbar

Yeayyy.. Hari ini di bilik guru pasang penapis air jenama Al-Jabbar.

Terima kasih kelab kebajikan guru 2016 beli penapis air ni..

Untungnya saya apabila penapis air dekat dengan meja saya. Senang la nak ambil air.

Lepas ni, saya dah tak perlu bawa botol air dari rumah. Mudah dah.. Alhamdulillah.

Selasa, 17 Januari 2017

(Sekolah) Latihan sukan kali kedua

Cerita pagi tadi..

Latihan sukan kali kedua.

Rumah merah latihan lumba lari.

Saya dan kawan2 pilih peserta akhir terus berdasarkan pelari terpantas..

Alhamdulillah, cuaca baik.

Macam biasa, lepas selesai latihan, kita bergambar dulu..

Sekali lagi.

Esok latihan sukan kali terakhir.

(Kenangan) Guru kelas abad ke 21

Tiba2 muncul dalam timeline facebook saya gambar kenangan ni..

Ini kelas saya pada tahun 2015. Saya ditugaskan menjadi guru kelas abad ke 21, kelas 4 Baiduri.



Saya pernah rasa dan lalui pengalaman menjadi guru kelas abad ke 21. Awal2 sibuk sikit nak mengemas, lama2 oke dah..

Isnin, 16 Januari 2017

(BM) Maksud hoi dalam Kamus Dewan

Hoi! Bahasa pasar yang sering kita dengar atau tuturkan dengan kawan2. Ada maksud ke perkataan hoi dalam Bahasa Melayu?

Jawapannya, ada. Maksud hoi menurut Kamus Dewan ialah..

hoi :  kata utk memanggil atau menyahut (kurang hormat drpd hai).

Elakkan memanggil orang atau menyahut dengan perkataan hoi!
Gambar: google

(BM) Pelantikan atau perlantikan?

Kita selalu keliru nak tulis perkataan pelantikan atau perlantikan? Berikut jawapannya.

Jawapannya pelantikan, bukan perlantikan. Sebabnya, dalam Bahasa Melayu tiada imbuhan per. 

Berikut maksud pelantikan daripada kata dasar, lantik.

lantik I; melantik  : mengangkat dgn rasmi (menteri, orang besar-besar, dll), mengangkat seseorang utk memegang sesuatu jawatan: kerajaan telah didesak supaya ~ seorang drpd kaum itu menjadi anggota kabinet;

pelantikan, lantikan perihal (tindakan) melantik: mereka gembira atas ~ Tun Perak menyandang jawatan Bendahara; Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat; pelantik orang yg melantik.
Sumber: Kamus Dewan

Contoh ayat:
Hari ini akan diadakan majlis pelantikan pengawas.

(Sekolah) Bengkel verifikasi data 1/2017

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ini saya terlibat dalam bengkel verifikasi data bersama GPK1 di Sek. Keb. Megah Ria.

Sek. Keb. Megah Ria.

Saya orang pertama sampai. Kosong lagi dewan.

Bengkel mula pukul 8 tetapi 7.15 saya dah sampai. Tak nak bersesak di jalan raya sebab pukul 7 hingga 7.30 ialah waktu puncak.

Ada masa ni, tu yang update blog kejap. Okelah, nanti sambung lagi.

Ahad, 15 Januari 2017

(Cerita) Bersiap sedia dengan Eye Glo

Saya memang sediakan ini untuk mata.

Eye Glo

Kalau lama mengadap laptop atau mata letih, saya segarkan kembali mata saya dengan Eye Glo. InsyaAllah oke. Bagus untuk cikgu2 yang kerja tak tentu masa, mengajar guna kapur dan aktif di padang. Nak share info, Eye Glo ni tahan sebulan keberkesanannya je selepas dibuka. Itu sahaja. Bye!