label

Sabtu, 21 Januari 2023

(Aktiviti) Cuti Sekolah Disember 2022, Episod 9 - Medan Selera Sungai Ramal Junction

Kita dah sampai episod 9 kisah percutian saya di Selangor pada bulan Disember 2022. Saya sambung lagi. Pada malam hari kedua saya di Selangor, saya singgah makan malam di Medan Selera Sungai Ramal Junction.

Pertama kali saya cuba sate Willy di sini. 

Sebab zaman sekarang zaman video, cerita selanjutnya ada di vlog saya.

Selepas di Sungai Ramal, saya pergi ke satu tempat lagi untuk menikmati pemandangan malam yang cantik. Nak tahu? Nantikan di entri seterusnya...

(Aktiviti) Cuti Sekolah Disember 2022, Episod 8 - Restoran Suki-Ya

Assalamualaikum. Inilah tujuan utama saya pergi bercuti di selatan Selangor sebab saya nak cuba makan di Restoran Suki-Ya IOI Mall Putrajaya. Ramai yang cakap untung makan di sini sebab dalam masa 2 jam kita boleh makan seberapa banyak daging yang kita suka. Harganya pula seorang bawah RM50 jika hari bekerja waktu siang. Malam lain harga.

Saya berada di hadapan Restoran Suki-Ya, IOI Mall Putrajaya. Kalau datang sini, orang yang pernah pergi akan tanya, beratur lama tak? Saya beratur dalam 20 minit baru dapat masuk. Saya sampai di sini pukul 11.50 pagi, dalam pukul 12.10 tengah hari, restoran buka dan saya pun masuk ke dalam.

Dalam masa 2 jam, makanlah seberapa banyak daging yang disukai.

Ada ayam, daging lembu & daging kambing serta pelbagai menu steambot yang lain.

Kuah pula ada 2 jenis. Saya lupa nama kuah ni, yang saya ingat dua kuah ni paling popular di sini.

Nak tengok kisah saya di Restoran Suki-Ya, tengok vlog saya yang ini.

Alhamdulillah, selesai makan di Restoran Suki-Ya.

Saya puas hati makan di sini. Berbaloi datang dari JB ke Putrajaya semata-mata nak makan Suki-Ya.

(Aktiviti) Cuti Sekolah Disember 2022, Episod 7 - IOI Mall Putrajaya

Assalamualaikum. Hari kedua di Selangor, pagi-pagi lagi saya dah keluar ke IOI Mall Putrajaya.

Saya berada di IOI Mall Putrajaya.

Pertama kali saya datang ke sini...

Vlog

Sebenarnya saya ke sini sebab nak makan di Restoran Suki-Ya. Nantikan kisahnya di entri seterusnya...

(Aktiviti) Cuti Sekolah Disember 2022, Episod 6 - Masjid Putrajaya

Assalamualaikum. Cuti sekolah sempena Tahun Baharu Cina ini, saya nak kongsi semua cerita saya semasa bercuti pada bulan Disember 2022. Dah lama sangat tangguh nak habiskan cerita tahun lepas... Okey, sambung cerita sekarang.

Hari pertama saya di Selangor, pada malamnya saya tak nak lepaskan peluang ke Masjid Putrajaya.

Alhamdulillah, selesai solat Maghrib di Putrajaya.



Tak sah, tak ambil gambar di sekitar masjid.

Di seberang masjid, nampak pusat pentadbiran Putrajaya.

Cantik!

Vlog.

Selepas ke masjid Putrajaya, saya makan malam di Kolej Keris Mas, UKM. 

Bersambung...

Sabtu, 14 Januari 2023

(Cerita) Pelancaran pembukaan Decathlon Johor

Assalamualaikum.

Hari ini pelancaran Decathlon Johor di Toppen. Saya sempat singgah sebab nak tengok pelancarannya.

Saya sampai pukul 9.55 pagi, orang dah ramai sangat yang beratur nak masuk. Pukul 10 pagi pelancarannya.

Vlog saya.

Saya tak jadi masuk pagi tadi sebab ramai sangat orang. Okeylah, nak sambung menanda kertas UASA.

(Lensa) Dinner sekolah di Hotel Thistle

Cerita semalam.



Maaf, terpaksa balik awal semalam.

Isnin, 9 Januari 2023

(Sekolah) Waktu peperiksaan, tiada elektrik hari ini

 Hari ini di sekolah saya tiada elektrik bermula pukul 10 pagi. Notis telah diberikan sebelum ini.

Berpeluh-peluh jaga periksa hari ini.

Dari pukul 10.00 hingga 12.30 tiada elektrik. Anggap pengalaman baharu, peperiksaan tiada elektrik.

Pukul 12.35 tengah hari baru ada elektrik. 5 minit lagi sebelum murid pulang.