label

Jumaat, 10 September 2021

(Cerita) Pengalaman pertama berurusan di Hospital Permai

Semalam saya ke Hospital Permai untuk urusan tertentu (rahsia).

Hospital Permai.

Pertama kali saya datang dan berurusan di Hospital Permai. Di sini, saya sempat melihat situasi pesakit dan saya juga sempat berbual dengan pekerja di sini. Saya tanya tentang jumlah pesakit Covid-19 yang dikuarantin semakin berkurangan ataupun tidak di sini? Jawapannya, semakin berkurangan. Alhamdulillah.

 Semoga dipermudahkan segala urusan saya.

(Cerita) Beli periuk nasi elektrik jenama kesukaan arwah mak di Shopee

Semalam, periuk nasi elektrik yang saya beli di Shopee sampai di rumah.

Periuk nasi elektrik Panasonic.

Sebenarnya, periuk nasi elektrik di rumah saya sudah sebulan juga rosak. Saya tanak nasi guna periuk nasi elektrik saiz besar. Biasanya periuk nasi elektrik yang besar tu untuk masak nasi ayam, nasi lemak dan nasi basmati.

Selepas arwah mak tiada, saya masak nasi sedikit sahaja. Jadi, tak sesuai masak nasi guna periuk nasi elektrik yang besar. Saya pun beli lagi periuk nasi elektrik yang sama dengan model periuk nasi elektrik sebelum ini di Shopee. Model periuk nasi elektrik jenama Panasonic ini ialah kegemaran arwah mak. Arwah mak memang suka barang elektrik jenama Panasonic.

Walaupun arwah mak sudah tiada, kenangan bersamanya akan tetap ada diingatan saya.

Rabu, 8 September 2021

(Cerita) Arwah mak tak sempat rasa agar-agar merah kesukaannya

Assalamualaikum. Pada hari terakhir arwah emak, saya sempat buatkan agar-agar merah kesukaannya. Dalam pukul 3.00 petang saya siap masak agar-agar.

Agar-agar sirap yang saya buat untuk arwah emak.

Selepas agar-agar siap, saya cakap dengan emak yang agar-agar dia dah siap. Emak jawab sejukkan dulu, nanti pukul 6.30 petang dia pergi dapur, makan. Saya nampak arwah mak gembira apabila saya buatkan agar-agar.

Takdir Allah berkata lain, emak meninggal dunia pada pukul 6.20 petang. Emak tak sempat rasa agar-agar merah kesukaannya. Hal ini yang buat saya menangis pada minggu lepas. 

Cerita ini saya tulis untuk saya abadikan di blog ini.

Selasa, 7 September 2021

(Cerita) Emak saya telah meninggal dunia

Assalamualaikum. Hari ini baru saya ada kekuatan untuk menulis kisah tentang arwah emak. Pada hari Isnin lepas 30/8/2021, emak saya telah meninggal dunia pada pukul 6.20 petang atas sebab-sebab tertentu (bukan Covid-19).

Disebabkan arwah emak meninggal petang, esok pagi baru boleh dikebumikan kerana musim PKP ini. Waktu pengebumian arwah emak, hujan gerimis membasahi bumi.

Pada 31/8/2021, arwah emak selamat dikebumikan pada pukul 11.00 pagi di tanah perkuburan yang sama dengan arwah abah. Arwah abah dah ada teman di sana. 

Alhamdulillah, saya dan adik-beradik berpeluang mandikan jeazah arwah emak pada minggu lepas. Beza perasaan kehilangan arwah emak berbanding kehilangan arwah abah. Apabila emak meninggal dunia, rasa sedih tu lebih sedikit sebab saya lebih rapat dengan arwah emak.

Semoga arwah emak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin....

Ahad, 5 September 2021

(Sekolah) Cenderamata AJK Penggubal Soalan Kuiz BM SJKC

Semalam saya menerima Cenderamata AJK Penggubal Soalan Kuiz BM SJKC yang unik iaitu sebiji kek butter orange daripada Chef Zarina KL.


Nampak eksklusif pembungkusan kek ini.

Pada bulan lepas, saya terlibat dalam menggubal soalan kuiz BM untuk SJKC. Pengalaman pertama untuk saya.

Isnin, 30 Ogos 2021

(Cerita) Terpaksa tangguh vaksin dos kedua esok

Sepatutnya saya terima vaksin dos kedua esok tetapi saya tangguhkan dahulu sebab saya batuk-batuk dan kontak rapat pesakit Covid-19.


Baru je nak tarikh vaksin kedua pada 31/8/2021. Takpe la, dah takdir.

Selasa, 24 Ogos 2021

(Cerita) Mak cik saya meninggal dunia kerana Covid-19

Assalamualaikum, mak cik saya telah meninggal dunia kerana Covid-19 pada pukul 12 malam tadi.

Saya sempat datang menyaksikan proses pengebumian arwah mak cik saya. 

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ...
Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.