label

Rabu, 12 Februari 2020

(Sekolah) Mesyuarat Pengurusan Panitia BM Bil. 1 2020

Selesai mengajar, saya terus ke SK Megah Ria untuk Mesyuarat Pengurusan Panitia BM Bil. 1 2020.

Mesyuarat untuk semua KP BM.

Tahun ini mesyuarat bersama pegawai PPD yang baharu.

Ahad, 9 Februari 2020

(Cerita) Ubat jerawat

Kalau di Malaysia, ada musim hujan & panas. Di muka saya pun ada musim juga, musim jerawat. Bila dah datang, lebih dari satu muncul.

Petang tadi, saya beli Oxy 5 ni di Guardian. Bila letak ubat jerawat, rasa macam cepat masak jerawat di muka. Insya-Allah.

Harap2 berkesan Oxy ni. Selalu saya guna Clean and Clear. Tadi takde pulak jenama tu...

Sabtu, 8 Februari 2020

(Masak) Sambal tempoyak

Pertama kali, saya masak sambal tempoyak hari ini. 

Sambal tempoyak cara saya.

Saya buat cicah dengan timun & kobis.

Menu lunch saya hari ini, nasi, ayam goreng, kobis & timun serta sambal tempoyak. Dua kali saya tambah nasi.

Resipi sambal tempoyak cara saya:
Cili padi
Lada hijau
Bawang putih
Bawang besar
Ikan bilis yg sudah digoreng
Tempoyak 
Garam
Gula
Ajinomoto
Minyak untuk menumis

Emak saya orang Johor, dia tak pernah buat sambal ni. Itu yang saya baru buat hari ini. Saya buat sambal ni sebab pengaruh sambal2 viral. Hehehe..

Alhamdulillah.

Khamis, 6 Februari 2020

(Sekolah) Acara Sebelum Sukan 2020

Hari ini acara sebelum sukan di sekolah.

Tahun ni, saya bukan ketua rumah sukan. Jadi, ini pengalaman baharu saya sebagai hakim lontar peluru.

Macam lama juga saya dah jadi ketua rumah sukan di sekolah. Tahun ini, ketua rumah sukan semuanya cikgu perempuan. Best juga tak jadi ketua rumah sukan. Hehehe...

Selasa, 4 Februari 2020

(Cerita) Vitamin C Watsons

Saya mula ambil vitamin balik. Dah lama rasanya tak makan vitamin ni...

Saya ambil vitamin C jenama Watsons. 1000mg vitamin C & ada Zinc.

Rasanya sedap. Bancuh dengan air sejuk. Nyamannya....

Fungsi vitamin C untuk menjaga daya tahan tubuh & zinc untuk kuku & rambut yang kuat. Insya-Allah. Ni pun saya rasa macam nak demam dah...

Semoga Allah permudahkan urusan saya.

Isnin, 3 Februari 2020

(Cerita) Dapat novel Dua Masa

Alhamdulillah. Saya dapat novel ini...

Novel Dua Masa.

Daripada penulis novel Awan Azali.

Saya belum sempat baca lagi. Nanti saya akan baca ye...

Sabtu, 1 Februari 2020

(Makan) Cakoi pengantin

Saya berada di majlis perkahwinan sepupu saya. Selain makan nasi beriani, ada ini...

Uniknya ada gerai cakoi. Tetamu boleh layan diri ambil cakoi. 

Sedap cakoinya. Lembut dan secukup rasa. Ada 2 sos disediakan, sos kaya pandan & sos cili. Padu rasanya.

Alhamdulillah.