label

Sabtu, 12 Januari 2019

(Sekolah) Melabel perabot baharu

Selepas selesai Larian Merentas Desa 2019, saya melabel meja guru baharu. Perabot baharu yg sampai di sekolah mesti dilabel. Oh, lupa! Saya AJK perabot sekolah & ini salah satu tugas saya.

Saya melabel meja guru di kelas2.

Sikit lagi...

Ha, siap! Saya guna marker je..

Selesai satu tugas hari ini. Alhamdulillah.

(Sekolah) Larian Merentas Desa 2019

Pagi tadi diadakan Larian Merentas Desa 2019 di sekolah saya.

Berikut gambar2 selepas larian tersebut.













Video hari ini.

Alhamdulillah, selesai.

Jumaat, 11 Januari 2019

(Cerita) Dah tak jaga makan?

Alamak, saya perasan yg saya dah tak jaga pemakanan lagi..

Malam ni je saya makan chicken chop...

Dan Milo ais.

Bagi saya, susah nak maintain jaga pemakanan ni. InsyaAllah, nanti saya jaga pemakanan saya balik untuk kawal kolesterol dalam badan.

Selamat malam.

(Makan) Tauhu bergedil

Semalam saya beli tauhu bergedil ni..

Harga 9 biji RM10.

Sambal kicap dia sedap.

Muai makan tauhu bergedil. Tak habis makan seorang. Sedap pun sedap!

Ahad, 6 Januari 2019

(Cerita) Paradigm Mall, Plaza Angsana dan City Square

Balik kerja hari ini, saya temankan adik saya cari barang di Paradigm Mall, lepas tu singgah Plaza Angsana & City Square.

Saya berada di Paradigm Mall.

City Square.

Pergi City Square semata2 nak makan Texas Chicken.

Saya bonceng adik saya je. Dia yang tunggang motor dia.

Begitulah cerita saya petang tadi. Penat...

(Cerita) Kasut Lan Baharin

Pertama kali saya beli kasut Lan Baharin ni. Saya beli di Festival Kraf Johor minggu lepas. 

Walaupun rupanya pelik, ada kisah kenapa saya beli kasut ni.

Simple & selesa. Mula2 melecet juga belakang kaki.

Sebenarnya, saya takde niat nak beli kasut ni. Mula2 saya temankan adik2 saya ke gerai kasut ni sebab ada sale besar2an. Sementara tunggu adik2 saya try kasut, saya pun gatal juga nak try. Saya pun minta pekerja beri saiz 8. Tinggal kasut yg saya beli ni je ada saiz 8.

Waktu saya sarung, adik2 puji kasut ni lawa. Ditambah pulak orang di sebelah saya pun kata lawa. Pada mata saya, kasut tu pelik sebab macam kasut perempuan. Saya terdengar orang di sebelah saya cakap dengan pasangannya, kalau saya tak jadi beli, dia nak kasut tu. Pekerja pulak cakap, ini stock last. Semua tu membuatkan saya rasa sayang kalau tak beli.

Dek kerana terpengaruh dgn kata2 orang sekeliling, saya pun beli. Lagi satu, hampir RM100 diskaun kasut tu. Jadi, begitulah kisah kasut saya.

Selasa, 1 Januari 2019

(Sekolah) Sesi persekolahan 2019 bermula

Assalamualaikum.

Sesi persekolahan 2019 bermula hari ini.

Biasanya awal sekolah banyak sikit kerja nak dibuat.

Saya balik pukul 3.30 hari ini. Biasa, pukul 1.30 dah balik. Takpe, mula2 je macam ni.