label

Ahad, 6 Januari 2019

(Cerita) Kasut Lan Baharin

Pertama kali saya beli kasut Lan Baharin ni. Saya beli di Festival Kraf Johor minggu lepas. 

Walaupun rupanya pelik, ada kisah kenapa saya beli kasut ni.

Simple & selesa. Mula2 melecet juga belakang kaki.

Sebenarnya, saya takde niat nak beli kasut ni. Mula2 saya temankan adik2 saya ke gerai kasut ni sebab ada sale besar2an. Sementara tunggu adik2 saya try kasut, saya pun gatal juga nak try. Saya pun minta pekerja beri saiz 8. Tinggal kasut yg saya beli ni je ada saiz 8.

Waktu saya sarung, adik2 puji kasut ni lawa. Ditambah pulak orang di sebelah saya pun kata lawa. Pada mata saya, kasut tu pelik sebab macam kasut perempuan. Saya terdengar orang di sebelah saya cakap dengan pasangannya, kalau saya tak jadi beli, dia nak kasut tu. Pekerja pulak cakap, ini stock last. Semua tu membuatkan saya rasa sayang kalau tak beli.

Dek kerana terpengaruh dgn kata2 orang sekeliling, saya pun beli. Lagi satu, hampir RM100 diskaun kasut tu. Jadi, begitulah kisah kasut saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan