label

Khamis, 5 Oktober 2017

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - Royal Berry Strawberry Park

Episod 4

Selepas Rose Valley, kami pergi ke Royal Berry Strawberry Park.

Boleh petik untuk beli strawberi dari pokoknya.

Pengalaman baharu ni..

Royal Berry Strawberry Park.

Suasana taman strawberi.

Strawberi.



Bergambar kenangan.

Saya beli aiskrim perisa strawberi di sini. Sedap & kaya rasa strawberinya.

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - Rose Valley

Episod 3

Setibanya di Cameron Highland, inilah destinasi pertama kami.

Di Rose Valley

Banyak bunga mawar di sini..

Hehehe...

Banyak tempat menarik untuk bergambar.

Ada kolam juga..

Cantik kan tempat ni?

Bergambar kenangan di sini.

Rose Valley, taman mawar yg sangat indah.

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - Lunch di Tapah

Episod 2

Kami berhenti makan tengah hari di Hentian Tapah.

Inilah tempatnya..

Kami makan menu yang sama iaitu nasi ayam.

Selepas itu, perjalanan ke Cameron diteruskan lagi.

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - Bertolak 6.00 pagi

Episod 1

Hari ini saya nak share cerita lawatan murid tahun 6 ke Cameron Highland & Pulau Pangkor.

Saya antara guru pengiring.

Pukul 6.00 pagi kami bertolak dari sekolah.

Dalam bas, sambung tidur.

Rabu, 4 Oktober 2017

(Sekolah) Pertandingan nyanyian lagu patriotik

Aktiviti pasca UPSR pagi tadi...

Pertandingan nyanyian lagu patriotik murid tahun 6. Di belakang saya johan pertandingan tersebut.

Pagi tadi, saya selaku juri pertandingan.


Berikut video nyanyian para peserta.

Tahniah atas keberanian & bakat semua! 

Selasa, 3 Oktober 2017

(Sekolah) Perlawanan bola sepak pasca UPSR

Antara program murid Tahun 6 selepas UPSR...

Perlawanan bola sepak.

Saya tolong jadi pencatat mata sahaja di bawah payung. Hehehe...

Ahad, 1 Oktober 2017

(Sekolah) Kesan buruk selalu minum air gas

Minggu lepas, saya relief sebuah kelas darjah 4 ni... Waktu tu, waktu Pendidikan Kesihatan. Saya pun bersembang dgn murid tentang makanan & minuman yang tidak elok dimakan selalu seperti jajan dan air gas. Tiba-tiba....

Ada seorang murid lelaki angkat tangan & bercerita tentang buah pinggangnya yang rosak. Berikut ceritanya...

Murid: Cikgu buah pinggang saya dah rosak.

Saya: Macam mana awak tahu buah pinggang awak dah rosak?

Murid: Doktor beritahu. Dulu, setiap hari saya minum air gas. Setiap kali balik sekolah, saya akan minum air gas. Suatu hari, pinggang saya rasa sakit. Mak saya bawa saya ke klinik pakar & doktor cakap buah pinggang saya rosak.


Perkongsian ini membuatkan saya & murid2 lain lebih sedar tentang bahaya minum air gas dgn kerap.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.