label

Isnin, 6 Februari 2017

(Makan) Kek sepotong seringgit

Kek sepotong seringgit sedang tular sekarang ni. Apabila ada parents murid jual kek ni kepada guru2 di sekolah, saya tak ingin lepaskan peluang untuk merasainya. Saya beli kek ni..

Kek sepotong seringgit coklat.

Begini isi dalamnya. Sedap, lembut dan tak muak.

Kek sepotong seringgit mango.

Rupa di dalam kek ini. Sedap sangat! Sangat berbaloi beli, sebiji RM12 untuk 12 potong kek.

Kalau yang tinggal di Johor Bahru, khususnya area Ulu Tiram, boleh hubungi nombor di atas jika teringin nak beli.

Alhamdulillah, kek ni murah dan sedap. Untung beli.

Ahad, 5 Februari 2017

(Sekolah) Sukan tara, larian

Pagi tadi, selepas pelancaran Program Jom ke Sekolah, disambung lagi dengan sukan tara acara larian. Sepatutnya buat sebelum cuti raya Cina tetapi musim hujan.



Selesai sukan tara 2017. Esok acara sebelum sukan. Bye.

(Sekolah) Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Ini pelancaran Program Jom ke Sekolah di sekolah saya pagi tadi. Satu Malaysia ada pelancaran program ni di sekolah hari ini.

Pelancaran diadakan pada perhimpunan pagi.

Ada perutusan daripada pihak polis kerana program ini anjuran bersama Polis Diraja Malaysia.

Pelancaran program ini menyerahkan peti aduan murid kepada guru disiplin.

Jom ke sekolah! 

(Cerita) Keburukan guna tong gas kuning

Balik kerja, gas masak habis.

Keliling kampung cari tong gas warna kuning ni. Ada kedai yg tak jual & ada kedai yg jual tapi habis.

Akhirnya di kedai terakhir ni (jauh dari rumah) beli juga gas tong hijau. Sebenarnya di rumah guna 2 tong gas. 1 hijau 1 kuning tapi dua2 dah habis. Ingatkan nak tukar gas kuning, tapi dah takde... Alhamdulillah, masih ada spare yg hijau.

Kesimpulannya, tong gas kuning tak semua kedai jual. Kalau dah habis, susah nak cari kecuali kedai depan rumah anda memang jual gas kuning. Kebaikannya, banyak sikit isipadu gas kuning ini. Kenapa guna tong gas kuning? Mak saya yg beli :)

Sabtu, 4 Februari 2017

(Video) Berenang di Air Terjun Kota Tinggi

Saya nak kongsi kenangan mandi di Air Terjun Kota Tinggi pada cuti akhir tahun, tahun lepas.

Air Terjun Kota Tinggi


Sejuknya berenang di sini.

Cuti Tahun Baharu Cina seminggu ni, saya tak pergi bercuti ke manapun. Esok dah naik sekolah semula. Selamat kembali ke sekolah!

Jumaat, 3 Februari 2017

Khamis, 2 Februari 2017

(Cerita) Hidupkan insuran dan road tax kereta sendiri

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya perbaharui (hidupkan) insuran dan road tax kereta sendiri. Sebelum ini, saya hidupkan di Perodua sahaja. Sebab cuti sekolah ni, bolehlah saya uruskan sendiri. Berikut cara2 nak hidupkan road tax kereta sendiri.

Pertama, ambil geran kereta di bank yg kita buat pinjaman. Sekarang dah senang dah, bank memang suruh kita pegang sendiri geran.

Kedua, hidupkan insuran dahulu. Saya pilih hidupkan insuran di pejabat utama Kurnia di Bandar Baru Uda. Kalau pemilik kereta yg hidupkan, ada diskaun 10%. 

Tahun ni, saya tambah insuran untuk semua penumpang dalam kereta.

Selepas dah renew insuran, saya hidupkan road tax atau cukai jalan di UTC Galleria Kotaraya sebab cepat. Selepas itu, siap sudah!

Puas hati dpt uruskan sendiri insuran dan road tax kereta. Jimat pun jimat...