label

Jumaat, 19 Januari 2024

(Cerita) Kronologi kes langgar lari

Assalamualaikum. Bayangkan bangun tidur, buka whatsapp dapat berita seperti ini...

Adik saya whatsapp, kereta saya dilanggar di tempat parkir pada pukul 3.00 pagi. Mujur jiran belum tidur dan nampak kejadian tersebut.

Depan kereta kemek dilanggar.

Pada petangnya saya pergi ke balai polis Johor Bahru Selatan untuk buat laporan supaya saya boleh gunakan insurans si pelaku untuk bayar ganti rugi kereta saya. Sayangnya tak boleh, sebab si pelaku dah 3 tahun tak hidupkan insurans.


Video saya di balai polis.

Pertama kali saya ke balai polis uruskan kes sebegini rupa. Kesudahannya, saya yang akan tanggung ganti rugi kereta saya yang rosak.

Saya terima dugaan dan takdir awal tahun 2024 dengan reda. Perancangan Allah itu lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan