label

Sabtu, 25 September 2021

(Gambar) Vaksin dos kedua secara walk in di PPV Iskandar Malaysia Studio

Gambar-gambar saya selepas vaksin dos kedua secara walk in di PPV Iskandar Malaysia Studio.



Di PPV Iskandar Malaysia Studio, banyak tempat boleh bergambar. Boleh dijadikan kenangan gambar-gambar ini.

(Cerita) Pengalaman hari kedua selepas menerima vaksin dos kedua

Pengalaman hari kedua selepas menerima vaksin dos kedua ialah sama seperti dengan vaksin dos yang pertama iaitu tangan yang disuntik menjadi lenguh.


Setakat ini, itu sahaja kesannya. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kesan sampingan seperti demam dan sakit urat.

(Cerita) Vaksin dos kedua secara walk in di PPV Iskandar Malaysia Studio

Disebabkan lambat sangat dapat janji temu vaksin dos kedua di my sejahtera, semalam saya datang ke PPV Iskandar Malaysia Studio, Iskandar Puteri untuk menerima vaksin dos kedua secara walk in.

Vaksin dos pertama saya ambil di Midvalley Southkey dan vaksin dos kedua saya ambil di sini. Bolehlah, asal sama jenis vaksin dengan dos pertama.

Bagusnya ambil vaksin di PPV Iskandar Malaysia Studio ni, tak ramai orang. Datang kejap je, dah dipanggil untuk vaksin.

Lengang tetapi bagus, sebab tak perlu tunggu lama.

Semalam, saya sudah menerima dua dos vaksin. Macam kes seperti saya, my sejahtera sijil dua dos vaksin akan dikemaskini pada minggu hadapan sebab tempat penerimaan vaksin dos 1 dan dos 2 tak sama.

Harap-harap dua dos vaksin aje la...

Jumaat, 24 September 2021

(Sekolah) Pengesahan nama pemenang di hadapan saksi

Setelah pemenang ditentukan pada malam semalam, saya mempersembahkan nama pemenang di hadapan dua orang cikgu sebagai saksi yang mengesahkan keputusan pertandingan mengarang cerpen adalah benar dan adil.

Pukul 9.00 pagi tadi, saya mempersembahkan nama pemenang yang telah dipilih oleh para hakim kepada dua orang saksi.

Proses ini penting supaya keputusan yang dibuat adalah benar dan tiada unsur pilih kasih.

Ha, begitulah antara proses pertandingan mengarang cerpen secara dalam talian peringkat daerah pada tahun ini. Pertandingan mengarang cerpen sekolah rendah  ini adalah pertama kali dianjurkan di peringkat daerah.

Kerja saya belum selesai, saya kena buat kerja-kerja dokumentasi pula selepas ini.

(Sekolah) Perbincangan penentuan pemenang

Beginilah caranya nak memilih dan menentukan pemenang pertandingan mengarang cerpen secara dalam talian.

Perbincangan menuju kata sepakat melalui Goggle Meet. Lama juga nak tentukan pemenang.

Perbincangan ini diadakan pada malam semalam. Saya dan para hakim berbincang untuk menentukan pemenang yang layak mara ke peringkat negeri Johor. Alhamdulillah, selesai perbincangan kira-kira hampir pukul 11.00 malam.

Rabu, 22 September 2021

(Cerita) Vitamin C 250mg 21st Century

Sebelum ni saya makan vitamin C yang 1000mg sehari. Katanya tak baik ambil vitamin C dos tinggi. Jadi, saya pun carilah vitamin C dos paling rendah di Shopee. Akhirnya, saya jumpa dengan satu jenama ni...

Vitamin C 250mg jenama 21st Century. Dos paling rendah yang saya boleh ambil setiap hari. Yang ni chewable, jadi tinggal makan macam makan gula-gula.

Vitamin C saya ambil untuk menguatkan imun badan. Insya-Allah. Lebih-lebih lagi apabila musim Covid ni.

Ada kelulusan KKM.

Kalau anda nak beli vitamin ni, pergi di Shopee, taip farmasi suci. Waktu saya beli ada offer, RM20 sebotol. Harga asal RM26.90.

Selasa, 21 September 2021

(Sekolah) Penghakiman pertandingan mengarang cerpen bermula malam ini

Bismillahirrahmanirrahim. Bermula tugas baharu saya dan kawan-kawan pada bulan ini.


Pengalaman pertama saya terlibat dalam pertandingan mengarang cerpen untuk sekolah rendah.

(Sekolah) Taklimat penyelarasan pertandingan cerpen daerah

Semalam saya terlibat dalam taklimat penyelarasan pertandingan cerpen daerah secara Google Meet.



Sayalah yang mengendalikan taklimat ini. Pssttt... Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Sabtu, 18 September 2021

(Sekolah) Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 secara langsung di YouTube

Hari ini ialah harinya. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 secara langsung di YouTube.

Saya antara AJK Teknikal yang terlibat.

Video di belakang tabir. Cabaran mengendalikan majlis penutupan hari ini, biarlah kami yang tahu.

Alhamdulillah, selesai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 secara langsung di YouTube.



Alhamdulillah, ini akan jadi pengalaman berharga buat saya.

Jumaat, 17 September 2021

(Sekolah) Raptai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021

Petang tadi saya ke sekolah untuk Raptai Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021.

AJK Penutup Bulan Kebangsaan datang ke sekolah untuk memastikan siaran langsung Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah 2021 esok berjalan lancar.

Video.

Selepas selesai raptai, GPK Koko belanja kami aiskrim madu.


Rasanya manis sekali.

Semoga esok berjalan lancar.

Rabu, 15 September 2021

(Sekolah) Taklimat hakim pertandingan menulis cerpen

Petang tadi, saya terlibat dalam taklimat hakim pertandingan menulis cerpen.

Taklimat secara Google Meet.

Banyak ilmu baharu saya belajar hari ini. Alhamdulillah.

Ahad, 12 September 2021

(Sekolah) Datang ke sekolah hantar surat CTR

Pagi ini saya datang ke sekolah.

Saya nak hantar surat Cuti Tanpa Rekod.

Surat permohonan CTR kerana emak saya meninggal dunia.

Saya dapat cuti bermula 31/8/2021 sehingga 2/9/2021 yang lalu.

Sabtu, 11 September 2021

(Masak) Lemak cili padi ketam

Pak cik saya beri keluarga saya 3kg ketam. Jadi, hari ini saya masak lemak cili padi ketam.

Lemak cili padi ketam. Saya masak tak pedas sebab saya tak boleh makan pedas.

Selepas masak, saya beri jiran saya sedikit & saya beri keluarga pak cik saya kembali. Tak nak simpan ketam lama-lama dalam peti sejuk sebab nanti tak segar.

Jumaat, 10 September 2021

(Cerita) Pengalaman pertama berurusan di Hospital Permai

Semalam saya ke Hospital Permai untuk urusan tertentu (rahsia).

Hospital Permai.

Pertama kali saya datang dan berurusan di Hospital Permai. Di sini, saya sempat melihat situasi pesakit dan saya juga sempat berbual dengan pekerja di sini. Saya tanya tentang jumlah pesakit Covid-19 yang dikuarantin semakin berkurangan ataupun tidak di sini? Jawapannya, semakin berkurangan. Alhamdulillah.

 Semoga dipermudahkan segala urusan saya.

(Cerita) Beli periuk nasi elektrik jenama kesukaan arwah mak di Shopee

Semalam, periuk nasi elektrik yang saya beli di Shopee sampai di rumah.

Periuk nasi elektrik Panasonic.

Sebenarnya, periuk nasi elektrik di rumah saya sudah sebulan juga rosak. Saya tanak nasi guna periuk nasi elektrik saiz besar. Biasanya periuk nasi elektrik yang besar tu untuk masak nasi ayam, nasi lemak dan nasi basmati.

Selepas arwah mak tiada, saya masak nasi sedikit sahaja. Jadi, tak sesuai masak nasi guna periuk nasi elektrik yang besar. Saya pun beli lagi periuk nasi elektrik yang sama dengan model periuk nasi elektrik sebelum ini di Shopee. Model periuk nasi elektrik jenama Panasonic ini ialah kegemaran arwah mak. Arwah mak memang suka barang elektrik jenama Panasonic.

Walaupun arwah mak sudah tiada, kenangan bersamanya akan tetap ada diingatan saya.

Rabu, 8 September 2021

(Cerita) Arwah mak tak sempat rasa agar-agar merah kesukaannya

Assalamualaikum. Pada hari terakhir arwah emak, saya sempat buatkan agar-agar merah kesukaannya. Dalam pukul 3.00 petang saya siap masak agar-agar.

Agar-agar sirap yang saya buat untuk arwah emak.

Selepas agar-agar siap, saya cakap dengan emak yang agar-agar dia dah siap. Emak jawab sejukkan dulu, nanti pukul 6.30 petang dia pergi dapur, makan. Saya nampak arwah mak gembira apabila saya buatkan agar-agar.

Takdir Allah berkata lain, emak meninggal dunia pada pukul 6.20 petang. Emak tak sempat rasa agar-agar merah kesukaannya. Hal ini yang buat saya menangis pada minggu lepas. 

Cerita ini saya tulis untuk saya abadikan di blog ini.

Selasa, 7 September 2021

(Cerita) Emak saya telah meninggal dunia

Assalamualaikum. Hari ini baru saya ada kekuatan untuk menulis kisah tentang arwah emak. Pada hari Isnin lepas 30/8/2021, emak saya telah meninggal dunia pada pukul 6.20 petang atas sebab-sebab tertentu (bukan Covid-19).

Disebabkan arwah emak meninggal petang, esok pagi baru boleh dikebumikan kerana musim PKP ini. Waktu pengebumian arwah emak, hujan gerimis membasahi bumi.

Pada 31/8/2021, arwah emak selamat dikebumikan pada pukul 11.00 pagi di tanah perkuburan yang sama dengan arwah abah. Arwah abah dah ada teman di sana. 

Alhamdulillah, saya dan adik-beradik berpeluang mandikan jeazah arwah emak pada minggu lepas. Beza perasaan kehilangan arwah emak berbanding kehilangan arwah abah. Apabila emak meninggal dunia, rasa sedih tu lebih sedikit sebab saya lebih rapat dengan arwah emak.

Semoga arwah emak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin....

Ahad, 5 September 2021

(Sekolah) Cenderamata AJK Penggubal Soalan Kuiz BM SJKC

Semalam saya menerima Cenderamata AJK Penggubal Soalan Kuiz BM SJKC yang unik iaitu sebiji kek butter orange daripada Chef Zarina KL.


Nampak eksklusif pembungkusan kek ini.

Pada bulan lepas, saya terlibat dalam menggubal soalan kuiz BM untuk SJKC. Pengalaman pertama untuk saya.