label

Jumaat, 5 Februari 2021

(Cerita) Headset Onikuma untuk rakaman suara dalam video

Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita tentang barang yang saya baru saya beli di Shopee untuk buat video PDPR.

Saya beli headset jenama Onikuma model K19 untuk rakam suara dalam video supaya lebih jelas dan tiada bunyi-bunyi di sekeliling saya. Headset ni sesuai untuk gaming tetapi saya beli untuk buat video PDPR. Jadi lepas ni, takde la masuk suara-suara ayam berkokok di sekeliling rumah dalam video saya.

Rupa headset jenama Onikuma.

Dari pandangan tepi, tempat telinganya akan berlampu jika dipasang di laptop.

Mikrofon headset ini yang saya guna untuk rekod suara. Rasa macam dj radio pulak :)

Saya beli stand headset ni sekali. Yang ni kena beli asing, tak termasuk dalam harga headset.

Jadi kemas sikit headset kita jika kita letak atas meja.

Hasil video yang saya buat guna headset Onikuma.

Hasil video yang saya buat tanpa guna headset. Suara ayam pun masuk dalam video ni...

Setakat ini saya berpuas hati guna headset ini. Jika cikgu-cikgu nak rakam suara dalam video tanpa bunyi bising, boleh gunakan headset yang ada noise cancellation. Berdasarkan pemerhatian saya, jenama Onikuma ni paling banyak dapat review terbaik. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan