Assalamualaikum. Hari ini bermula PKP kali kedua di Johor dan beberapa negeri lagi seperti sms yang dihantar oleh MKN ini:
RM0 PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah mulai 13- 26 Januari 2021.
Jika tidak PKP hari ini, saya dah mula bertugas di sekolah. Jadi, rutin saya hari ini seperti biasa ketika cuti sekolah hari ini iaitu memasak.
Saya masak mihun putih sebagai sarapan.
Bagi saya yang banyak menghabiskan masa di rumah, PKP atau bukan PKP lebih kurang sama sahaja. Cuma nanti bila dah mula PDPR, yang tu lain sikit.
Okelah, saya menaip entri ini untuk dijadikan kenangan untuk diri sendiri. Jaga diri semua:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan