Hari ini bermula mesyuarat guru secara Google Meet.
Dah dapat buku pengurusan tahun ini. Saya ibaratkan tugas-tugas saya pada tahun ini seperti sirih pulang ke gagang sebab saya dapat pegang balik jawatan lama saya.
Berikut tugas-tugas saya pada tahun ini:
1. AJK Buku Pengurusan.
2. Ketua Panitia Pendidikan Moral (pegang balik).
3. AJK Program Khas KPM/PPD.
4. AJK Facebook dan blog sekolah.
5. Guru Pengawas (pegang balik).
6. AJK Disiplin.
7. Guru Kelas Tahun 5 Zamrud
8. Guru Kelab Media & Fotografi
9. AJK Pengakap
10. AJK 1M1S Bola Sepak (baharu).
Tahun ini saya akan mengajar:
Bahasa Melayu Tahun 6
Bahasa Melayu Tahun 5
Sejarah Tahun 5
Pendidikan Moral Tahun 5
Pendidikan Seni Tahun 5
Semoga dipermudahkan segala urusan.