label

Jumaat, 10 Julai 2020

(Mi Casa) Bye auto, selamat datang mesin basuh semi automatik

Selamat pagi. Pagi ini saya mencuci pakaian di Mi Casa menggunakan mesin basuh semi automatik. Sebelum ini, saya guna mesin basuh automatik. Kenapa saya tukar mesin basuh semi automatik? Teruskan membaca blog saya.

Selamat datang mesin basuh semi automatik. Saya beli jenama Midea.

Alhamdulillah, berfungsi dengan baik.

Saya beli di Darson Smart Pandan. Ada offer.

Antara sebab saya pilih mesin basuh semi automatik:
1. Putarannya lebih kuat, saya rasa lebih yakin bersih guna mesin basuh semi automatik.
2. Lebih jimat, masih boleh guna air sabun yang bersih dalam mesin basuh semi automatik.
3. Saya rasa pakaian lebih suci.
4. Saya lebih puas hati rendam baju dalam pelembut pakaian secara manual selepas dicuci guna mesin basuh semi automatik. Harumnya lebih memuaskan.
5. Saya tak payah risau lagi air terpancut daripada paip sebab tiada lagi masalah itu jika guna mesin basuh semi automatik.
6. Saya memang selesa guna mesin basuh semi automatik.

Bagi saya, ada barang-barang yang tidak canggih kadang-kadang lebih memuaskan hati. Contohnya, seperti mesin basuh semi automatik.

5 ulasan:

  1. saja survey cari washer nak yg kuat juga putaran tu, kalau slow sangat baju tak bersih pun. ok ke yg semi auto ni? sebelum ni saya hanya mampu guna tangan kalau sikit, kalau banyak pergi dobi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. i guna yg auto je..sebab malas nak alih dri drum yg washer tu ke yg spinner keringkan tu..okay ja performance dia, tengok dia punya bghn putaran air tu kuat je..pastu i suka yg washer sbb baju dia tak terbelit sangat..

      Padam
    2. brand apa tu? ada tanya member juga dorg pun ckp mesin dia biasa ja. emm dah stress dah guna mana ni. ouh tak terbelit lpas spin tu eh. best lah kekadang sbb bnda tu pun jd marah.

      Padam
    3. panasonic NA-FD18V1BRT..dia punya water flow kuat untuk deep cleaning baju kita..tapi dia slow rotation je so baju kita tak la tangle antara satu sama lain..

      Padam
    4. alright nanti boleh tengok2 dah tahu model. thank you eh share, nak juga merasa ada washer sendiri sebab cepat sikit malas nak ke dobi dah.

      Padam