label

Jumaat, 31 Julai 2020

(Cerita) Ketupat segera Floral

Selamat hari raya Aidiladha. Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan ketupat segera jenama Floral.

Ketupat segera jenama Floral.

Saya rasa ini antara jenama ketupat segera terbaik saya pernah guna dan makan. Biasanya, pada hari raya, saya akan rebus ketupat segera sebab saya belum pandai anyam ketupat. Hehehe...

Sambung balik, ketupat segera Floral ni bagi saya terbaik sebab tanpa bahan pewangi dan bila dah siap masak dan disejukkan pada suhu bilik, senang nak potong dan pisau tak melekat dengan nasi-nasi. Tekstur ketupat ini juga just nice.

Selepas ini, saya akan kekalkan guna ketupat segera Floral sahaja. Harganya pun murah juga jika ada promosi.

Isnin, 27 Julai 2020

(Sekolah) Bengkel BM di SK Taman Nusa Damai

Bengkel Pengurusan Panitia BM Bil. 2/2020 hari ini di SK Taman Nusa Damai.

Hujan lebat di SK Taman Nusa Damai.

Bengkel pertama selepas cuti PKP di peringkat daerah.

Saya dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah lain lagi.

Sabtu, 25 Julai 2020

Jumaat, 24 Julai 2020

(Cerita) Vitamin C Guardian

Selepas vitamin C Watsons saya habis, saya beralih ke vitamin C Guardian.

Vitamin C Guardian. Harganya lebih murah daripada Watsons tetapi kandungannya sama. Ada vitamin c untuk daya tahan tubuh dan zinc untuk kebaikan rambut dan kuku.

Saya rasa Guardian dan Watsons ni ambil vitamin dari kilang yang sama, cuma mereka jenamakan semula sahaja. Untuk waktu pandemik ni, saya rasa vitamin c ni penting untuk daya tahan tubuh kita.

Isnin, 20 Julai 2020

(Cerita) Alhamdulillah, dah semakin okey...

Alhamdulillah, hari ini sakit tulang belakang saya semakin berkurangan. Saya juga dah boleh berjalan laju sedikit daripada semalam.

Saya juga dah boleh mencuci pakaian petang ini.

Alhamdulillah.

Ahad, 19 Julai 2020

(Sekolah) Kisah 19 Julai 2020

5.40 pagi, jam loceng telefon pintar berbunyi. Alhamdulillah, sakit tulang belakang sedikit berkurang. Saya ambil keputusan untuk pergi bekerja walaupun pinggang sakit dan kelas berderet dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi.

Perjalanan ke sekolah. Indahnya langit merah.

Tiba di sekolah, apabila saya keluar dari kereta... Saya tak boleh berjalan macam biasa sebab hujung tulang belakang akan sakit. Jadi, terpaksalah saya jalan perlahan-lahan.

Selepas bersarapan dengan sebiji burger daging, saya masuk ke kelas. Alhamdulillah, saya dapat mengajar seperti biasa walaupun terbatas. Selepas pukul 10.30 pagi, saya tak sangka, saya dapat lalui cabaran kelas berderet hari ini dengan mudah. Tak rasa penat atau lelah. Alhamdulillah, saya yakin Allah mudahkan kerja saya.

Saya tak tahu saya sakit apa dan saya beri masa seminggu untuk diri sendiri. Jika minggu depan masih sakit lagi, baru saya akan periksa ke doktor. Doakan saya ye...

Khamis, 16 Julai 2020

(Kenangan) Pengacara Hari Sukan 2012

Gambar ni keluar balik di Facebook saya.

Gambar kenangan saya jadi pengacara Hari Sukan 2012.

Banyak-banyak ajk program atau majlis di sekolah, inilah tugas yang paling berat bagi saya. Huhuhu...

Rabu, 15 Julai 2020

(Makan) Sedaplah ikan baung segar ni...

Dah lama sangat tak makan ikan baung. Hari ini saya dapat makan ikan baung, sedapnya...

Saya masak asam pedas ikan baung yang saya beli hari ini. Ikan baung fresh, memang sedap isinya. Makan nasi bertambah.

Ikan baung yang saya beli ni memang segar dan dah siap potong dan cuci. Menjimatkan masa saya. Alhamdulillah.

(Cerita) Hari ini hari yang padat

Hari ini hari yang padat buat saya. Berikut aktiviti saya hari ini.

5.30 pagi - sidai pakaian
5.40 pagi - bersedia pergi ke sekolah
6.15 pagi - bergerak ke sekolah
6.45 pagi - bertugas jaga pagar murid datang
7.30 - 11.30 pagi - ada kelas
11.30 pagi - baru nak makan
12.20 tengah hari - bertugas jaga pagar murid balik
1.50 tengah hari - balik ke rumah
2. 45 petang - memasak
6.00 petang - pergi pasar malam

Saya beli sosej cheese gunting di pasar malam.

6.45 petang - pergi ke NSK beli ikan untuk kucing.
7.30 petang - sampai rumah.

Penat tetapi kena biasakan diri juga.

(Sekolah) Bertugas pada hari pertama sesi persekolahan norma baharu

Hari ini merupakan pembukaan sekolah semula dengan norma baharu.

Tiba giliran kumpulan saya bertugas.

Kami menjaga pagar masuk sekolah seawal jam 6.45 pagi.

Alhamdulillah, keadaan terkawal.

Enjoy je...

Suhu murid disukat sebelun mereka masuk ke sekolah.

Video pagi tadi.

Norma baharu juga buat saya hari ini. Kena biasakan dengan perubahan ini.

Isnin, 13 Julai 2020

(Makan) Kek Tornado

Khamis lepas, pertama kali saya makan kek tornado. Macam dahsyat bunyinya kan?

Kek Tornado. 

Lihatlah coklatnya yang mewah.

Harganya RM23.00. Rasanya kaya dengan coklat dan puas makan sebab tebal.


Sedap!

Berbaloi beli kek ini sebab tebal dan puas makan.

(Sekolah) Penjarakan sosial di kelas

Apabila buka sekolah nanti, penjarakan sosial amat penting. Ini antara usaha kami untuk memastikan murid-murid menjaga penjarakan sosial di kelas.

Kami menanda kaki meja murid supaya meja dalam keadaan kekal dan tidak berubah di dalam kelas.


Video yang dirakam pada Khamis lepas.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jumaat, 10 Julai 2020

(Mi Casa) Bye auto, selamat datang mesin basuh semi automatik

Selamat pagi. Pagi ini saya mencuci pakaian di Mi Casa menggunakan mesin basuh semi automatik. Sebelum ini, saya guna mesin basuh automatik. Kenapa saya tukar mesin basuh semi automatik? Teruskan membaca blog saya.

Selamat datang mesin basuh semi automatik. Saya beli jenama Midea.

Alhamdulillah, berfungsi dengan baik.

Saya beli di Darson Smart Pandan. Ada offer.

Antara sebab saya pilih mesin basuh semi automatik:
1. Putarannya lebih kuat, saya rasa lebih yakin bersih guna mesin basuh semi automatik.
2. Lebih jimat, masih boleh guna air sabun yang bersih dalam mesin basuh semi automatik.
3. Saya rasa pakaian lebih suci.
4. Saya lebih puas hati rendam baju dalam pelembut pakaian secara manual selepas dicuci guna mesin basuh semi automatik. Harumnya lebih memuaskan.
5. Saya tak payah risau lagi air terpancut daripada paip sebab tiada lagi masalah itu jika guna mesin basuh semi automatik.
6. Saya memang selesa guna mesin basuh semi automatik.

Bagi saya, ada barang-barang yang tidak canggih kadang-kadang lebih memuaskan hati. Contohnya, seperti mesin basuh semi automatik.

Selasa, 7 Julai 2020

(Cerita) Saya banyak juga guna produk Tesco

Pukul 6.00 petang tadi saya ke Tesco beli barang dapur. Saya nak kongsi beberapa produk Tesco yang saya beli hari ini.

Mayonis, sos cili, sos lada hitam, kiub pati ikan bilis dan biskut lemak. Semua jenama Tesco.

Saya nak kongsi cerita bahawa produk Tesco yang saya beli ini sedap dan berkualiti setanding jenama terkenal. Paling saya suka, harganya sedikit murah berbanding jenama terkenal. Berbaloi!

Cubalah sendiri!

Ahad, 5 Julai 2020

(Sekolah) Pengambilan dan pemulangan kerja sekolah PKP

Hari ini di sekolah saya diadakan pengambilan dan pemulangan kerja sekolah sewaktu PKP ini.

Guru-guru menyediakan lembaran kerja untuk dijawab oleh murid di rumah.

Lembaran kerja disusun di atas meja untuk diambil oleh ibu bapa secara layan diri dan mengikut SOP.

Ini selepas tamat aktiviti hari ini 


Siapa kata guru-guru tiada kerja pada waktu cuti PKP? Maaf, gurau... Hehehe...

Sabtu, 4 Julai 2020

(Resipi) Pau goreng tidak meresap minyak

Assalamualaikum. Pagi tadi saya buat pau goreng untuk dicicah dengan sambal kacang. Pertama kali saya buat pau goreng ini. Saya nak kongsi resipi pau goreng yang tidak meresap minyak di bawah ini.

Pau goreng cicah sambal kacang.

Resipi pau goreng:
1½ cawan air suam
2 sudu gula
2 sudu susu sejat
2 sudu marjerin
Secubit garam
Sebungkus yis
5 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Masukkan garam dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan air suam. Larutkan garam dan gula, lepas tu masukkan yis.
2. Biarkan yis mengembang dalam 10 minit.

3. Selepas 10 minit, masukkan tepung gandum, baking powder, susu dan marjerin. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Jika doh basah, boleh tambahkan sedikit tepung gandum.
4. Bulatkan doh kecil-kecil seperti gambar di atas. Biarkan 20 hingga 30 minit sebab dohbakan mengembang.
5. Selepas 20 hingga 30 minit, bolehlah goreng pau dengan minyak dan api yang perlahan. Kalau-kacau pau supaya masak sekata.
6. Siap!


Saya guna yis jenama Oki.

Goreng dengan api perlahan sebab pau ini cepat masak.

Saya guna sambal kacang Adabi yang dah siap. Sedap juga! Sambal kacang ni saya beli untuk hari raya tetapi tak guna pulak. Itu antara sebab saya buat pau goreng hari ini.

insya-Allah, pau goreng tadi tidak akan meresap minyak dan sangat lembut. Sedap pun ya jugak :)

Saya kena buat lagi sebab saya beli yis sebungkus semalam. Dapat 27 biji pau je tadi. Tak cukup untuk makan sekeluarga.

Selamat mencuba!