label

Jumaat, 9 Ogos 2019

(Cerita) Pasang RFID percuma di Tesco Tebrau

Pagi tadi saya ke Tesco Tebrau untuk pasang RFID pada kereta saya secara percuma. RFID ni pengganti kad atau Smart Tag Touch & Go. Lebih mudah & menjimatkan masa.

Saya di kaunter RFID di Tesco Tebrau.

Nak cepat urusan, bawa siap2 salinan IC & geran kenderaan. Pastikan dah ada apps Touch & Go E Wallet & ingat password nya.

Isi 1 borang & siap..

Pandu kereta ke tempat yg diarahkan. Sekejap je tampal RFID ni...

Selepas pemasangan RFID, tak boleh cuci kereta selama 2 hari.

Hasil pemasangan RFID lampu kereta.

Nak pasang RFID di Tesco Tebrau, sila datang awal pagi. Kalau lambat kena beratur panjang juga...

Selepas daftar RFID, saya basahkan tekak dgn Cool Blog coklat.

Jom pasang RFID ni selagi masih percuma. Selepas ini, jika tiada promosi lagi, sesiapa yg nak pasang RFID akan dikenakan caj RM100 katanya. Cepat bertindak sekarang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan