label

Rabu, 10 April 2019

(Cerita) Sudah tiba masa tukar bateri kereta

4.15 petang, saya balik lambat hari ini sebab mesyuarat, selepas itu saya uruskan modul kelas tambahan untuk Sabtu ini. Tiba di dalam kereta, saya pun menghidupkan enjin kereta tetapi tidak boleh. Kereta saya tak hidup...

Hujan renyai2 petang tadi.. Alhamdulillah, kawan saya pinjamkan jumper & bantu hidupkan kereta saya. 

Saya dapat rasa bateri kereta saya dah habis & mesti diganti baharu. Mujur, saya ada simpan tarikh kali terakhir saya tukar bateri iaitu pada 2016. Sah, memang kena tukar bateri baharu.

Saya bergerak ke bengkel kereta yg berdekatan dgn sekolah. Alhamdulillah, selamat bengkel dekat.

Saya tukar bateri kereta baharu.

Bateri kereta baharu saya. Saya pilih jenama Amaron. Beza lebih RM60 daripada harga bateri kereta biasa. Mekanik tu kata, bateri Amaron ni bagus.

Selesai tukar bateri kereta hari ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan tukar bateri kereta saya hari ini. Patutlah, hari kelmarin semasa saya memandu, saya rasa tak sedap hati & berfikir yg bukan2 pasal kereta saya. Rupa2nya, kena tukar bateri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan