label

Rabu, 10 Oktober 2018

(Masak) Rebus kacang tanah berkulit guna Noxxa

Hujan2, sedapnya makan yg panas2. Balik kerja sampai rumah pukul 5, saya ke dapur nak rebus kacang tanah berkulit.

Saya beli kacang tanah berkulit mentah semalam. Saya rebus guna periuk Noxxa.

Caranya, bilas kacang. Masukkan air penuh ke dalam periuk Noxxa & letak garam secukup rasa. Dah tutup periuk, tekan hp 15 minit & bila dah cukup masa, saya biarkan 15 minit supaya senang buka tutup periuk. Selepas dah buka penutup periuk, saya tekan butang stir fry & rebus lagi sampai kacang lembut.

 Nak tahu lembut ke tidak, ambil sebiji kacang & rasalah. Kalau okey, dah boleh off stir fry & tutup suis periuk Noxxa.

Mudah kan? Muai pun muai....

1 ulasan:

  1. Saya nak cuba rebus ikut cara cikgu...tapi saya letak safron nak kuning sikit kulitnya supaya nampak berseri...tk cikgu share resepi

    BalasPadam