label

Sabtu, 28 Julai 2018

(Cerita) Saya tak nampak macam cikgu ke?

Cerita di UTM tadi, saya duduk di sebelah murid sekolah Batu Pahat ni.. Hari ini saya pakai baju korporat siap nama dgn logo sekolah sekali.

Waktu take 5, murid tersebut nak ke tandas. Dia cakap macam ni pada saya..

"ACIK, TOLONG JAGAKAN FAIL SAYA, SAYA NAK PERGI TANDAS..."

Dia panggil saya acik, padahal dia nampak saya menanda kertas periksa di sebelah dia.

Saya tak ambil hatipun, cuma kelakar dengan gelaran acik tu. Mungkin nak kena letak gambar sekolah kat dahi, baru orang tahu saya cikgu. Hehehe... (gurau je...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan