label

Selasa, 3 April 2018

(Cerita) Peristiwa pelik balik sekolah

Ini cerita Rabu lepas. Saya nak kongsi cerita pelik sewaktu saya balik dari sekolah.

Sewaktu memandu, saya meletakkan telefon pintar saya dalam poket baju pengakap. Saya memang tidak menggunakan nombor pin untuk kunci telefon saya.

Setibanya di rumah, saya perasan aplikasi video saya terbuka. Ada 3 gambar & 1 video terakam tanpa sengaja. Inilah 3 gambar yg sempat terakam tanpa sengaja. Bukan saya yg mengambil gambar ini. Mungkin kesan haba daripada geselan telefon dgn baju saya menyebabkan telefon saya menangkap gambar sendiri. 

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Sebelum telefon saya menangkap gambar sendiri, telefon saya juga telah menghantar video 1 saat ke group whatsapp (group larian) tanpa saya sedari. Malamnya, baru saya sedar video ini.

Pada waktu ini, saya tak balas whatsapp sebab saya tak tahu bahawa video ini daripada saya. Waktu ni, saya tengah drive nak balik ke rumah. Malamnya, baru saya sedar sebab saya cek balik group whatsapp tersebut.

Video 1 saat tersebut tiada dalam galeri telefon saya.

Saya share video 1 saat tersebut.


Ada juga 1 video 16 minit yg terakam sendiri ketika saya memandu balik rumah. Saya share video tersebut.

Saya share video 1 minit ini sahaja atas sebab2 tertentu. Sepatutnya, video dalam whatsapp di atas mesti gambarnya macam ni secara logiknya. Bukan gelap macam di atas.

Saya tak nak ulas panjang. Anda fikir sendiri. Ini kisah benar tau! Terpulang nak percaya atau tak. Selepas ini, pastikan telefon dikunci sebelum memandu.

Tiada ulasan:

Catat Komen