label

Sabtu, 18 November 2017

(BM) Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, baru betul!

Gunakanlah frasa nama yang betul seperti yang berikut:

1. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar atau Majlis Anugerah Kecemerlangan
2. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
3. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Elakkan penggunaan ayat yang berikut sebagai tajuk majlis yang kita anjurkan:
1. Majlis anugerah cemerlang. (Maksudnya ialah majlis anugerah itulah yang cemerlang. Oleh hal yang demikian, majlis itu wajar diberi hadiah.
2.  Majlis anugerah cemerlang akademik (Maksudnya ialah majlis.anugerah tersebutlah yang cemerlang akademiknya)
3. Majlis anugerah cemerlang kokurikulum (Maksudnya ialah majlis anugerah itulah yang cemerlang kokurikulumnya)

Dalam hal ini, pengguna bahasa perlu membezakan frasa dengan ayat.

Marilah kita mengutamakan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Sumber: whatsapp

Tiada ulasan:

Catat Komen