label

Selasa, 31 Oktober 2017

(Makan) Kacang sambal

Setiap kali dapat makan kacang sambal, mesti nak update di media sosial. Nilai kenangan kacang sambal ini sangat tinggi kpd saya. Kacang sambal ni, favourite saya ketika dari zaman sekolah rendah lagi.

Popiah sambal dan kacang sambal. RM1 sebungkus.

Saya beli di sekolah kacang ni. Ada ibu murid yg jual. Best kan?

(Sekolah) Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan Akhir Tahun 2017 sedang berjalan.

Tahun 6, ambil peperiksaan subjek bukan teras sahaja.

Sekejap je rasa dah nak habis sesi persekolahan tahun ini.

Isnin, 30 Oktober 2017

(Sekolah) AJK Gerai Minuman Hari Keusahawanan 2017

Sekolah saya akan mengadakan Hari Keusahawanan 2017 pada Ahad depan.

Saya ditugaskan sebagai AJK Gerai Minuman. Saya membantu murid meniaga air minuman. Nama gerai kami ialah Gerai Cedoklicious. Hehehe..

Nah, sedikit promo gerai kami!


Karnival Riang Ria Usahawan Muda 2017 #KRRUM17 ... Saya akan berada di gerai #cedoklicious ... menjual aneka minuman pelepas dahaga. Jom datang ramai2 di gerai ini pada 5 Nov 17, Ahad di SKTPW. Anda boleh berselfie dgn penjual2 air ini. Hehehe...

Sabtu, 28 Oktober 2017

(Cerita) Hobi masak?

Pagi ni saya masak spageti untuk sarapan.

Spageti.

Hobi saya memasak ke? Jawapannya, ikut mood. Kalau mood masak datang, pagi2 saya dah ke dapur untuk masak.

Kalau mood malas datang, masak Maggi pun malas. Hehehe..

Rabu, 25 Oktober 2017

(Cerita) Tupperware lebih murah di Shopee

Pssttt... Tupperware di online Shopee lebih murah!

Saya beli set Tupperware Jolly Power Lunch set ini hanya RM34 termasuk kos penghantaran. Harga asal RM55 ke atas.

Saya beli sebab nak bekas macam ni.

Cara nak beli Tupperware murah di Shopee ialah dengan buka aplikasi Shopee & tengok di flash sale pada pukul 9 pagi & 5 petang setiap hari. Hanya beberapa jenis tertentu sahaja. Tak setiap masa ada offer Tupperware ni.

Untung badan, ada jualan Tupperware murah macam ni atau yg macam anda suka. Selamat mencuba!

Selasa, 24 Oktober 2017

(Sekolah) Bengkel Data 8 2017

Hari ini bengkel data terakhir untuk tahun 2017.

Bertempat di PPD.

Suasana bengkel data.

Bengkel data untuk guru data.

Jumpa lagi bengkel data 2018!

Isnin, 23 Oktober 2017

(Cerita) Beli Toshiba Hard Drive di 11 Street

Cuti sekolah minggu lepas, saya sempat beli Toshiba Hard Disk harga promosi secara online di 11 Street.

Harganya murah dalam RM30 daripada harga asal, saiz 1 TB & dapat free baucar McDonald RM20. Berbaloi kan?

Saya beli hard disk ni untuk simpan gambar2 saya di laptop (buat back up).

(Cerita) Pengalaman beli barang di CJ Wowshop

Cerita semalam.

Barang yang saya beli online di CJ Wowshop sampai.

Saya beli tuala mikrofiber.

Ini tualanya.

Pertama kali saya beli di CJ Wowshop. Customer service di CJ Wowshop sangat tip top! Saya suka customer service tentang penghantaran barangnya.

(Sekolah) Apabila pembantu prasekolah cuti

Cerita pagi tadi. Saya relief prasekolah waktu pertama. Pagi tadi kelam-kabut sikit sebab pembantu prasekolah cuti.


Saya tak biasa dengan pengurusan bilik darjah prasekolah. Pagi tadi saya kelam-kabut ambil kedatangan murid sebab saya masih belum kenal murid, nama murid pulak panjang2. Ramai juga tak datang hari ini.

 Lepas tu, datang murid prasekolah dari kelas sebelah minta bekas makanan untuk isi mi goreng (cikgunya suruh). Saya pergi dapur, bukalah satu persatu almari kabinet dapur, tak tahu bekas yg macam mana satu. Susah2, saya bagi besen.

Selepas itu, saya sambung ambil kedatangan. Murid yang bawa besen tu pulangkan balik besen, dia kata cikgu nak bekas makanan putih. Saya nampak periuk nasi, saya bagi periuk nasi (sebab fikir, periuk ni boleh juga letak mi yang dimasak dari kelas sebelah).

Saya sambung ambil kedatangan lagi, budak tu datang lagi. Dia pulangkan periuk, katanya bukan periuk, cikgu nak bekas putih. Akhirnya, dia tunjuk bekas putih yg kecil (cikgunya dah ajar secara terperinci) dalam almari nombor tiga.

Rupa-rupanya bekas makanan tu kecil je tapi ada dua. Saya bagi dua2 bekas tu. Saya pun tak jangka, cikgu tu nak bekas kecil untuk isi 1kg mi goreng.

Susah juga pembantu prasekolah takde. Pembantu cuti kerana datuknya meninggal dunia.

Tamat.

(Sekolah) Murid India beri kuih raya Deepavali

Murid India beri saya kuih-muih sempena Deepavali.

Ada muruku, kuih goyang, biskut kacang & banyak lagi.

Nandri!

Ahad, 22 Oktober 2017

(Makan) Kek lava cheese chocolate

Kek ni saya beli online di facebook JB Homefood Delivery.

Kek lava cheese chocolate 

RM20 saiz 6 inci.

Dapat free cookies di sebelah kek.

Toppingnya pekat, jadi lelehannya perlahan.

Tak leleh sangat pun takpe, di tepi2 kek tu dah melimpah toppingnya.

Kaya kejunya.

Video.

Saya share nombor telefon seller kek ni ye.. Hafifa 0127387396. Dia duduk di Taman Daya. Puas hati beli. Bye!

(Sekolah) 6 Baiduri raikan hari lahir saya

Masuk kelas, murid terus letupkan bom yang dalamnya ada reben.

BOMM!!!

Murid menyanyikan lagu selamat hari jadi dan memberikan saya dua biji kek ini.

Terkejut saya!

Kek coklat Milo.

Kek blueberry.

Bergambar kenangan.

Murid pun tahu saya suka bergambar.

Terima kasih semua.

Jangan nakal2. Hehehe..

Terima kasih atas kenangan manis hari ini. Alhamdulillah.

(Cerita) Garlic tablet, botol kedua

Selamat pagi!

Pagi ni saya teruskan makan garlic tablet sebelum sarapan.

Ini garlic tablet botol kedua saya.

Setakat ni makan, oke la...

Sabtu, 21 Oktober 2017

(BM) Hari jadi sama maksud dengan hari lahir

Ada yg kata, jangan guna hari jadi, guna hari lahir sebab kita tak tahu bila kita jadi dalam rahim ibu.

Baiklah, saya nak terangkan berdasarkan Kamus Dewan Keempat, perkataan jadi sama maksud dengan lahir. Jadi, frasa hari jadi sama maksud dengan hari lahir. Tak salah guna frasa hari jadi. Nak guna hari lahir pun oke!

Pada pendapat saya, tak elok buat orang keliru macam ni. Jika tak pasti, selidik dahulu. Bye! 

Gambar hiasan. Kek saya minggu lepas.

(Cerita) Hari jadi, makan KFC

Hari ini hari lahir saya. Tiada sambutan atau seumpamanya.

Saya beli KFC dan makan satu keluarga di rumah.

Jemput makan.

Terima kasih atas ucapan rakan2 & murid2 di media sosial hari ini.

(Mi Casa) Pokok pisang saya

Pokok pisang di halaman rumah saya.

Adik saya yg tanam.

Yang di luar rumah nampak sihat pokoknya. Harap2 berbuah nanti.

Rabu, 18 Oktober 2017

(Makan) Sedapnya aiskrim potong Kings!

Bermula dengan pembelian kali pertama...

Aiskrim Potong jenama Kings ada promosi di Tesco. Sekotak RM5.99 (harga asal dalam RM7.++). First time rasa perisa ni, terus suka sebab lembut & sedap.

Hari ini saya beli lagi perisa durian. Ya Allah, sedapnya! Macam rasa durian crepe.

Lihatlah kelembutan aiskrim ini.

Tak rugi beli sebab sangat sedap & lembut. Cubalah!

Isnin, 16 Oktober 2017

(Video) Lawatan Tahun 6 2017 Trip Kedua

Episod 25 (Akhir).

Oke, ini last update tentang Lawatan Tahun 6 2017 Trip Kedua saya minggu lepas.

Saya nak share video2 semasa lawatan tersebut.

Dapat team lawatan yang satu kepala, suka bergambar.

Video keseluruhan lawatan.

Di MARDI.

Video bersama murid2.

Rose Valley.


Kenangan lawatan tersebut, tidak boleh dilupakan. Bye!

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - Warung Ikan Kukus Lumut Perak

Episod 24.

Setibanya di Lumut, kami makan malam di Warung Ikan Kukus. Berhadapan dgn GM Holiday Hotel. Sedap makanannya.

Warung Ikan Kukus.

Saya makan nasi goreng kampung. 

Tempat selesa, makanan pun sedap.

Tom yam dia pun sedap!

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - GM Holiday Hotel, Lumut Perak

Episod 23.

Di Perak, kami bermalam di sini.

GM Holiday Hotel.

Masuk2 bilik je, jumpa tuala yang dibentuk menjadi angsa ni..

Ada tv juga dalam bilik.

Suasana dalam bilik. Maaf, ni gambar sebelum kami bertolak balik.

Di sini pun selesa juga. Cubalah!

(Aktiviti) Lawatan Tahun 6 2017 - Hotel Jasmine Cameron Highland

Episod 22.

Inilah tempat penginapan kami semasa di Cameron Highland.

Hotel Jasmine.

Ball room.
Katil yg selesa.

Ada tv led dalam bilik. Ada Astro juga.

Sempat tengok drama ni dalam bilik.

Sangat selesa hotel ni! Saya cadangkan untuk anda!

Hotel ni tak guna air cond sebab di sini memang dah sejuk.