Semalam saya bakar ayam sendiri untuk buka puasa. Saya nak share resipinya.
Ayam bakar mudah.
Resipi:
Ayam 7 ketul
Bahan kisar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Serai 1 batang
Halia sebesar ibu jari
Garam
Serbuk kunyit
#selepas kisar, perapkan ayam
Selepas perap selama 1 jam, saya bakar dalam periuk Happy Call.
Inilah hasilnya. Sedap!
Puas hati bakar ayam sendiri. Takde la risiko tak masak la atau terbeli ayam semalam di bazar.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan