label

Selasa, 28 Februari 2017

(Sekolah) Chalk holder

Ini pemegang kapur (chalk holder). Saya baru beli alat ini untuk kegunaan menulis di dalam bilik darjah.

Pemegang kapur.

Selepas ini, kalau tulis di papan hitam, tangan dah tak comot dengan bekas kapur lagi. Hehe..

Isnin, 27 Februari 2017

(Makan) Ciku Madu

Ini ciku madu. Bentuknya bujur. Rasanya manis sekali.

Ciku madu.

Bentuknya bujur.

Kawan saya beri rasa dua biji ciku ni. Terima kasih.

Ahad, 26 Februari 2017

(Sekolah) Gimik pelancaran NILAM 2017

Hari ini pelancaran NILAM 2017 di sekolah saya. Saya nak share gambar gimik perasmian NILAM pagi tadi..

Guru Besar mencelup ikatan kain ke dalam pewarna.

Selesai mencelup, ikatan pada kain dibuka.

Selepas ikatan dibuka, terhasillah corak pelangi pada kain yg bertulis perasmian Nilam.

Gimik pelancaran pagi tadi menggunakan teknik ikat dan celup dalam subjek Pendidikan Seni. Menarik bukan?

Saya bukan guru pusat sumber, cuma jurugambar sahaja pagi.tadi.

Sabtu, 25 Februari 2017

(Cerita) Ambil daun kari di sekolah sahaja

Kalau nak masak guna daun kari, saya ambil daun kari di sekolah sahaja.


Daun kari di taman herba sekolah saya.

Contohnya, kalau nak masak kacang pool ni perlukan daun kari untuk aromanya.

Taman herba di sekolah saya adalah hasil projek tugasan master saya dan kawan2 tahun lepas.

Alhamdulillah, nampaknya tumbuhan herba yg ditanam hidup subur di sekolah. Hasilnya boleh digunakan sendiri.

Jumaat, 24 Februari 2017

(Cerita) Selesai stapler kertas ujian

10.30 malam, selesai pun stapler kertas ujian Bahasa Melayu. 2 minggu lagi nak Ujian 1.

Kertas soalan BM kertas 1, 9 helai kertas nak disusun dan distapler. Nak susun tu ambil masa.

Kerja sebagai cikgu ni, kita bawa balik kerja ke rumah. Lumrah seorang cikgu.

Khamis, 23 Februari 2017

(Sekolah) Maulidur Rasul 2017

Hari ini Maulidur Rasul di sekolah saya.

Saya sebagai AJK jurugambar.

Suasana Maulidur Rasul di dewan terbuka pagi tadi.

Aktiviti maulud seperti biasa, ceramah, selawat tilawah dan penyampaian beberapa anugerah. Saya nak dengar ceramah dulu. Hehe..

McDonalds taja satu tong minuman. Terima kasih McD.

Murid makan dalam dulang.

Oke, makanan siap!

Muka-muka selepas majlis pagi tadi.

Bergambar kenangan sebelum balik di bilik guru. Hehe..

Pertama kali, tahun ini Maulidur Rasul buat asing sesi pagi dan sesi petang sebab tak dapat cuti peristiwa.

Rabu, 22 Februari 2017

(Makan) Buah bidara

Pertama kali saya makan buah bidara hari ini.

Buah bidara. Kawan saya beri hari ini.

Isi buah bidara. Rasanya seperti epal hijau tetapi tidak masam.

Alhamdulillah, murah rezeki saya hari ini dapat rasa buah bidara free.

Selasa, 21 Februari 2017

(BM) Maksud ungkal

Maksud ungkal dalam Kamus Dewan ialah..

ungkal :  tidak mahu menurut, keras kepala, degil.


Jangan ungkal ye.. Hehe..

Isnin, 20 Februari 2017

(Sekolah) Cap-cap yang saya gunakan apabila menanda buku

Walaupun sekarang dah ada cap penandaan buku moden dan cap pelbagai ulasan, saya masih menggunakan cap kaedah lama apabila menanda buku.

Inilah cap-cap yang saya gunakan apabila menanda buku.

Saya lebih suka guna cap satu2 seperti ini supaya murid lebih fokus apa yang saya capkan pada buku mereka.

Bahasa pasar, kita selalu sebut cop buku tetapi sebenarnya dalam Kamus Dewan bukan cop tetapi cap.

Ahad, 19 Februari 2017

(BM) Blazer tu perkataan Bahasa Melayu ke?

Perkataan blazer merupakan perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan. Jadi, blazer merupakan perkataan Bahasa Melayu.

Maksud blazer:
jaket (biasanya berwarna khas dan berlencana), dan dipakai oleh anggota sesebuah kumpulan (institusi, kelab, dsb).

Blazer pengawas.

Sabtu, 18 Februari 2017

(Download) Cover kertas ujian BM dan P. Moral SKTPW

Saya nak kongsi cover atau muka depan kertas ujian Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral untuk sekolah saya.

Cover kertas ujian BM

Download cover kertas Ujian BM SKTPW: klik sini

Download cover kertas Ujian P. Moral: klik sini

Selepas ni, kalau nak guna boleh cari di blog ini. Cikgu2 kena edit dulu kalau nak guna selepas ini. Semoga bermanfaat.

Jumaat, 17 Februari 2017

(17 Gambar) Swafoto bersama peserta perbarisan Hari Sukan 2017

Gambar2 swafoto saya dan kawan2 bersama peserta perbarisan Hari Sukan 2017 semalam.

Perbarisan Rumah Biru

Maskot mereka dinosaur kot..



Perbarisan Rumah Hijau

Tema mereka bunga-bungaan


Perbarisan Rumah Kuning 

Tema mereka bunga juga..


Perbarisan Rumah Oren

Maskot mereka siap naik basikal


PBSM

Puteri Islam

Tunas Puteri

Pengakap

Rumah Merah dan Ungu

Di sekolah, bab bergambar semua orang suka. Saya pun.. Hehe.. Kenangan tu...

Khamis, 16 Februari 2017

(Sekolah) Corat-coret Hari Sukan 2017

Hari ini hari sukan di sekolah saya.

Awal2 pagi, semestinya bergambar dahulu dengan peserta2 perbarisan selepas mengemas khemah.

Maskot Rumah Bentara tahun ini, ahli silap mata dan sang ratu.

Sementara perbarisan belum mula, bergambar dulu..

Peserta perbarisan rumah sukan saya, Bentara.


Sorakan Bentara 2017

Selain itu, saya juga menguruskan perbarisan Pengakap. Bagus mereka ni, sangat komited.

Peserta perbarisan Pengakap.


Sempat buat aneka tepuk Pengakap sebelum perbarisan bermula..

Oke, acara perbarisan dah bermula..

Perbarisan Rumah Bentara mula bergerak ke padang.




Perbarisan Rumah Bentara.

Ada gimik perbarisan rumah sukan saya, maskot keluar dari garisan untuk memberikan bunga kepada perasmi.

Suka perasmi dapat bunga. Hehehe..

Di dalam khemah, kami menjual roti sosej yang dibuat oleh guru-guru rumah sukan saya cesara gotong-royong pada awal pagi. dan coklat Kit Kat. Pada tahun ini, kami tidak mengutip duit rumah sukan kerana pengalaman yang lalu, ada murid yang tak makan makanan yang kami belikan. Pada tahun ini, kami buat konsep jual. Murid ada pilihan nak beli dan makan apa. Kami pun tak risau nak fikir makanan murid. Alhamdulillah, semuanya laku dijual oleh murid. Alhamdulillah.


Lihatlah kami menjual roti sosej tadi..

Keputusan hari sukan tadi, rumah sukan saya dapat tempat keempat dari enam rumah sukan dan johan perbarisan. Alhamdulillah.

Selesai cerita hari sukan, nak sambung rehat. Bye!