label

Sabtu, 21 Februari 2026

(Ramadan) Menu sahur hari ketiga

Assalamualaikum. Ini menu sahur saya pagi ini.

Nasi lauk ayam sambal, ayam goreng & sayur bunga kubis.


Ayam sambal saya masak malam tadi.

Ayam goreng & sayur saya masak pagi ini.


Saya kunci alarm pukul 4:30 pagi. Alhamdulillah, badan dah boleh ikut rentak masa puasa.


 

Jumaat, 20 Februari 2026

(Ramadan) Tarawih ketiga


(Cerita) Tunggu giliran orang ke-52

Assalamualaikum. Hari ini saya pergi ke bank untuk tukar kad bank baharu. Kad bank sebelum ini dah expired.

Nombor saya 3159. Nombor sekarang 3107. Kena tunggu 52 orang lagi 

Saya sampai pukul 3:06 petang & nombor saya dipanggil pada pukul 4:30 petang. Inilah yang dinamakan dugaan di bulan puasa.

Alhamdulillah, customer service yang diberikan amat baik.

(Ramadan) Menu Buka Hari Kedua

Assalamualaikum. Ini menu buka saya pada hari kedua puasa.

Saya masak spageti Aglio Olio.

Roti john beli.

Kuih tepung pelita beli. Sebiji seringgit ye...

Video

Alhamdulillah.

(Ramadan) Menu sahur hari kedua

Alhamdulillah, ini menu sahur saya pagi ini.

Nasi, telur dadar, kentang masak bening & sambal tumbuk ikan bilis.

Bangun pagi tadi, saya tinggal goreng telur dadar sahaja. Sambal saya dah buat malam kelmarin, baru boleh makan hari ini sebab semalam saya bangun lambat untuk sahur, tak sempat masak nasi. Itu semalam sahur makan ayam & sayur je...

Video

Selamat bersahur semua.

Khamis, 19 Februari 2026

(Ramadan) Kentang masak bening

Assalamualaikum. Saya masak ini dulu untuk sahur esok.

Kentang masak bening.

Video

Insya-Allah kalau bangun awal saya nak makan sayur kentang ni dengan telur dadar dan sambal tumbuk yang saya buat semalam.

(Ramadan) Tarawih kedua

Assalamualaikum.


Cuaca hari ini sejuk sekali. Hujan gerimis. Semoga hujan yang turun membawa keberkatan kepada kita semua.