label

Jumaat, 1 September 2023

(Cuti Sekolah) Episod 8 dan 9 - Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya nak kongsi kisah percutian saya di Bukit Bendera Pulau Pinang pada hari Isnin lepas.

Saya berada di atas Bukit Bendera.

Video nak masuk ke Bukit Bendera.

Video di Bukit Bendera.

Boleh nampak pemandangan di sekitar Pulau Pinang.

Cantik!

Masjid Bukit Bendera.


Meriam.


Saya tak explore semua tempat di Bukit Bendera sebab penat. Dapat naik funikular okey dah...


(Cuti Sekolah) Episod 7 - Bersarapan di Astaka Taman Tun Sardon Pulau Pinang

Assalamualaikum. Hari ketiga saya di Pulau Pinang, pagi-pagi lagi saya dah bersarapan di Gerai Nasi Lemak di Astaka Taman Tun Sardon Pulau Pinang.

Tempat dia sama macam medan selera.

Saya bersarapan nasi lemak sambal paru.


Video.

Selesai bersarapan, saya akan pergi ke destinasi yang seterusnya.

Khamis, 31 Ogos 2023

(Cuti Sekolah) Episod 6 - Melihat pemandangan senja di Pantai Bersih, Butterworth Pulau Pinang

Assalamualaikum. Destinasi terakhir pada hari Ahad lalu adalah di Pantai Bersih, Butterworth Pulau Pinang. Saya nak menikmati keindahan pantai pada waktu senja.



Cantiklah pantai ni...

Video.

Pada waktu malam, saya makan di kedai makan berhampiran dengan tempat penginapan. Entri seterusnya, saya akan kongsi kisah percutian saya pada hari ketiga, Isnin lepas.

(Cuti Sekolah) Episod 5 - Makan tengah hari di Kedai Makan Kampung, Sungai Petani Kedah

Assalamualaikum. Masih lagi cerita hari kedua percutian saya pada Ahad lepas. Selepas ke Pantai Merdeka, saya singgah makan tengah hari di Kedai Makan Kampung, Sungai Petani Kedah.

Saya berada di hadapan pintu masuk Kedai Makan Kampung.

Saya ambil nasi, ayam bakar, sambal tempe, kuah kari & sambal belacan. Sedap!

Video.

Selepas selesai makan, saya kembali ke Pulau Pinang untuk destinasi seterusnya.

Rabu, 30 Ogos 2023

(Cuti Sekolah) Episod 4 - Pantai Merdeka Kedah

Assalamualaikum. Saya singgah di Pantai Merdeka pada hari Ahad yang lalu. Dari Pulau Pinang ke negeri Kedah. Dekat je...

Saya berada di Pantai Merdeka Kedah.

Cuaca panas terik.

Video.

Okey, cerita selanjutnya di entri seterusnya.

(Cuti Sekolah) Episod 3 - Sawah padi Kampung Paya, Kepala Batas Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya sambung lagi kisah percutian saya. Rupanya tempat saya bersarapan dekat dengan sawah padi. Jadi, selepas sarapan saya bergambar di sawah padi ini.

Saya berada di sawah padi Kampung Paya, Kepala Batas Pulau Pinang.

Cuaca sangat cerah pada hari itu.

Video.

Saya memang pantang nampak sawah padi. Sanggup mandi peluh untuk bergambar di sawah padi :)

(Cuti Sekolah) Episod 2 - Bersarapan di bawah jambatan, Kepala Batas Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya nak sambung kisah percutian saya. Saya naik flight pergi ke Pulau Pinang. Sampai di Pulau Pinang dalam pukul 10.30 malam. Selepas itu, saya makan malam dan check in ke tempat penginapan.

Ini kisah hari kedua saya di Pulau Pinang. Destinasi pertama saya adalah di Kepala Batas.

Saya bersarapan di bawah jambatan, Kepala Batas Pulau Pinang.

Saya suka makan di tempat yang tak ramai orang macam ni.

Saya makan kuetiau goreng dan minum teh o ais.

Video.

Nanti saya sambung cerita lagi ye dalam episod 3.