Assalamualaikum. Pada hari Rabu lepas, selepas selesai Pesta Pantun, saya singgah di KSL untuk beli aiskrim Llao Llao topping sos coklat Ovomaltine dan sos Pistachio.
Pertama kali makan aiskrim Llao Llao letak topping sos Pistachio.
Video
Alhamdulillah, sedap! Gabungan rasa aiskrim dia yang masam2 dengan coklat yang manis. Seimbang! Paling suka makan aiskrim ini, dia melancarkan pencernaan.
Assalamualaikum. Pada hari Rabu lepas pula, saya terlibat sebagai urus setia Pesta Pantun 2023 di SK Kota Masai 3. Pertama kali terlibat dalam Pesta Pantun.
Saya dan rakan urus setia.
Suasana Pesta Pantun.
Rakan-rakan urus setia daripada sekolah yang berbeza.
Video.
Hari pertama Pesta Pantun berlangsung agak lama sampai pukul 4.00 petang. Esok ada lagi, pusingan separuh akhir dan akhir.
Assalamualaikum. Pada hari Selasa lepas 15/8/2023, saya terlibat bertugas menjadi hakim dalam pertandingan syarahan SJKC dan SJKT peringkat daerah di SJKC Nam Heng.
Pertama kali jadi hakim syarahan.
Gambar kenangan.
Video.
Pengurusan majlis di SJKC boleh dijadikan contoh. Mereka sangat mengutamakan ketepatan masa. Jadi, majlis berjalan seperti yang dirancang.
Assalamualaikum. Inilah harinya, penjurian pertandingan dendangan syair peringkat daerah. Daripada 43 penyertaan, kami akan memilih 10 sahaja yang terbaik.
Bersama para hakim.
Baru pertama kali bekerjasama, Alhamdulillah terus akrab.
Video
Tugas saya belum berakhir, minggu depan peringkat akhir bagi pertandingan ini.