label

Ahad, 8 Mei 2022

(Cerita) Nak cuba produk Rosken untuk kulit kering

Assalamualaikum.

Saya mengalami masalah kulit kering. Semalam saya pergi Watsons untuk cuba produk ini.

Krim dan serum jenama Rosken. Katanya berkesan untuk kulit kering.

Serum dia best!

Semoga kulit kering saya dapat diatasi dengan Rosken. Insya-Allah.

Sabtu, 7 Mei 2022

(Masak) Rendang daging ikut resepi arwah emak

Assalamualaikum.

Hari ini saya masak rendang daging ikut resepi arwah emak.

Rendang daging resepi arwah emak.

Sepatutnya saya masak rendang daging pada hari Isnin, tetapi disebabkan Isnin raya, saya masaklah pada hari ini.

Saya masak rendang daging ini tanpa menggunakan pressure cooker. 2 jam lebih masak rendang ini.

Rendang ini saya jadikan lauk makan tengah hari. Alhamdulillah.

Isnin, 2 Mei 2022

(Cerita) Solat sunat Aidilfitri di masjid ini

Assalamualaikum.

Tahun ini saya solat sunat Aidilfitri di masjid yang bukan berhampiran dengan rumah saya. Saja nak rasa suasana solat di tengah bandar.

Masjid Habib Hasan. Saya solat sunat Aidilfitri di sini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

(Cerita) Menu Hari Raya pertama 2022

Assalamualaikum.

Hari ini hari raya yang tak disangka. Ingatkan esok raya. Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya tanpa arwah emak. Jadi, saya masak sendiri menu raya pada tahun ini.

Ketupat segera saya dah rebus siang semalam. Memang niat nak rebus semalam sebab rancangannya, sehari sebelum raya nak masak lauk raya je. Tak nak kelam-kabut.

Disebabkan diumumkan hari ini raya, malam semalam saya masak ayam masak merah. Dengan harapan, esok pagi raya boleh makan ayam dengan ketupat.

Selepas solat sunat Aidilfitri, saya sambung masak sayur. Nak kata sambal goreng macam bukan. Hentam sajalah.

Ini sahaja menu 1 Syawal saya. Esok lusa baru masak rendang daging. Daging dah beli semalam. Tahun ini tak nak banyak-banyak makanan pada pagi raya. Cukuplah seperti apa yang saya masak kerana esok masih ada. Insya-Allah.

Sabtu, 30 April 2022

(Cerita) Rezeki berganda Ramadan

Saya nak simpan apa yang berlaku pada hari ini di blog ini.

Alhamdulillah, rezeki melimpah-ruah pada hari ini.

Dalam pukul 3.00 petang, rakan saya bagi kek dan kuih raya ini.

Pada pukul 5.45 petang, kawan saya yang lain pula belanja lemang dan sambal garing.

Lemang.

Sambal Kasih Sayang namanya.

Pada waktu malam pula, adik saya pula belanja air Starbucks.

Alhamdulillah, hari ini temanya ramai orang belanja saya. Rasa nak hari ini panjang lagi. Hehehe... 

Isnin, 21 Mac 2022

(Sekolah) Hari pertama sesi persekolahan 2022

Hari ini hari pertama sesi persekolahan 2022.

Agak penat hari ini sebab sebelum rehat, jadual saya 5 masa terus tanpa henti.

Ini kerana nak ringankan beg murid.

Khamis, 17 Mac 2022

(Cerita) Terima sambal laksa Sarawak dari Sarawak

Ada cikgu dari Sarawak pos sambal laksa Sarawak kepada saya.

Sambal laksa Sarawak. Ini tanda terima kasih cikgu tersebut kepada saya kerana berkongsi catch up plan Pendidikan Moral di blog ini.

Terima kasih cikgu. Sebenarnya saya dah tolak tetapi cikgu tersebut tetap nak beri juga.