PDPR mencetuskan rasa hati saya untuk memiliki sebuah studio kecil di rumah. Selepas survei di Shopee, saya membuat keputusan untuk membeli alat-alat untuk studio mini saya.
Saya beli barang-barang untuk studio mini saya di Shopee. Saya beli di BigBig Studio. Saya beli tiang untuk gantung skrin.
Barang-barang di sini berjenama Onsmo.
Saya beli skrin putih dan penyepit.
Saya beli tripod meja.
Saya juga beli lampu LED ini.
Video pertama saya guna tripod meja yang baru saya beli.
Insya-Allah, selepas ini boleh buat video PDPR dengan selesa dan hasilnya lebih memuaskan.
Saya nak kongsi cerita dengan cikgu-cikgu tentang cara saya menanda hasil kerja murid lebih-lebih lagi bahagian penulisan Bahasa Melayu pada waktu PDPR .
Saya gunakan stylus pen ini. Saya beli di Shopee. Tahun lepas lagi saya dah beli sebab pada awalnya, saya beli untuk touch phone apabila jari saya penat. Senang sikit pakai pen ni...
Apabila PDPR, pen ini sangat berguna nak tanda hasil kerja murid di whatsapp. Rasa macam tanda guna pen di atas kertas. Sangat membantu!