label

Jumaat, 31 Julai 2020

(Cerita) Ketupat segera Floral

Selamat hari raya Aidiladha. Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan ketupat segera jenama Floral.

Ketupat segera jenama Floral.

Saya rasa ini antara jenama ketupat segera terbaik saya pernah guna dan makan. Biasanya, pada hari raya, saya akan rebus ketupat segera sebab saya belum pandai anyam ketupat. Hehehe...

Sambung balik, ketupat segera Floral ni bagi saya terbaik sebab tanpa bahan pewangi dan bila dah siap masak dan disejukkan pada suhu bilik, senang nak potong dan pisau tak melekat dengan nasi-nasi. Tekstur ketupat ini juga just nice.

Selepas ini, saya akan kekalkan guna ketupat segera Floral sahaja. Harganya pun murah juga jika ada promosi.

Isnin, 27 Julai 2020

(Sekolah) Bengkel BM di SK Taman Nusa Damai

Bengkel Pengurusan Panitia BM Bil. 2/2020 hari ini di SK Taman Nusa Damai.

Hujan lebat di SK Taman Nusa Damai.

Bengkel pertama selepas cuti PKP di peringkat daerah.

Saya dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah lain lagi.

Sabtu, 25 Julai 2020

Jumaat, 24 Julai 2020

(Cerita) Vitamin C Guardian

Selepas vitamin C Watsons saya habis, saya beralih ke vitamin C Guardian.

Vitamin C Guardian. Harganya lebih murah daripada Watsons tetapi kandungannya sama. Ada vitamin c untuk daya tahan tubuh dan zinc untuk kebaikan rambut dan kuku.

Saya rasa Guardian dan Watsons ni ambil vitamin dari kilang yang sama, cuma mereka jenamakan semula sahaja. Untuk waktu pandemik ni, saya rasa vitamin c ni penting untuk daya tahan tubuh kita.

Isnin, 20 Julai 2020

(Cerita) Alhamdulillah, dah semakin okey...

Alhamdulillah, hari ini sakit tulang belakang saya semakin berkurangan. Saya juga dah boleh berjalan laju sedikit daripada semalam.

Saya juga dah boleh mencuci pakaian petang ini.

Alhamdulillah.

Ahad, 19 Julai 2020

(Sekolah) Kisah 19 Julai 2020

5.40 pagi, jam loceng telefon pintar berbunyi. Alhamdulillah, sakit tulang belakang sedikit berkurang. Saya ambil keputusan untuk pergi bekerja walaupun pinggang sakit dan kelas berderet dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi.

Perjalanan ke sekolah. Indahnya langit merah.

Tiba di sekolah, apabila saya keluar dari kereta... Saya tak boleh berjalan macam biasa sebab hujung tulang belakang akan sakit. Jadi, terpaksalah saya jalan perlahan-lahan.

Selepas bersarapan dengan sebiji burger daging, saya masuk ke kelas. Alhamdulillah, saya dapat mengajar seperti biasa walaupun terbatas. Selepas pukul 10.30 pagi, saya tak sangka, saya dapat lalui cabaran kelas berderet hari ini dengan mudah. Tak rasa penat atau lelah. Alhamdulillah, saya yakin Allah mudahkan kerja saya.

Saya tak tahu saya sakit apa dan saya beri masa seminggu untuk diri sendiri. Jika minggu depan masih sakit lagi, baru saya akan periksa ke doktor. Doakan saya ye...

Khamis, 16 Julai 2020

(Kenangan) Pengacara Hari Sukan 2012

Gambar ni keluar balik di Facebook saya.

Gambar kenangan saya jadi pengacara Hari Sukan 2012.

Banyak-banyak ajk program atau majlis di sekolah, inilah tugas yang paling berat bagi saya. Huhuhu...